Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Palang Merah SG hulur bantuan $2.4j ke Ukraine, enam jirannya

Mar 11, 2022 | 7:08 AM
DISERANG RUSSIA: Sebuah hospital kanak-kanak dan wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan udara tentera Russia. Beberapa orang dilihat sedang dibantu keluar dari bangunan hospital itu. - Foto AFP
DISERANG RUSSIA: Sebuah hospital kanak-kanak dan wad bersalin di Mariupol, Ukraine, musnah akibat serangan udara tentera Russia. Beberapa orang dilihat sedang dibantu keluar dari bangunan hospital itu. - Foto AFP -

PALANG Merah Singapura (SRC) akan menghantar bantuan bernilai $2.4 juta ke Ukraine dan enam negara jirannya, dalam tahap kedua bantuan untuk membantu lebih dua juta rakyat Ukraine yang terjejas akibat krisis pelarian ekoran perang di negara itu.

Dana $2.4 juta itu akan diagihkan kepada masyarakat yang terjejas oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah; Persatuan Kebangsaan Palang Merah; dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang menerajui usaha bantuan itu, kata SRC dalam satu kenyataan semalam.

Sumbangan itu menyusuli tahap pertama bantuan SRC bernilai AS$100,000 ($135,000), yang tiba di Ukraine pada 4 Mac lalu.

Sementara itu, serangan udara Russia terhadap hospital kanak-kanak dan bersalin di bandar Mariupol di tenggara Ukraine telah mendapat kecaman.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menyifatkan serangan itu sebagai "jenayah perang".

Amerika Syarikat mengutuk pengeboman itu sebagai "biadab".

"Adalah amat ngeri untuk melihat penggunaan kekerasan tentera secara biadab untuk mengebom orang awam yang tidak bersalah di sebuah negara berdaulat," kata setiausaha akhbar Rumah Putih, Cik Jen Psaki.

Sementara itu, menteri luar Russia dan Ukraine dijadual bertemu di Turkey semalam dalam rundingan peringkat tinggi pertama antara kededua negara sejak Moscow menyerang Kyiv.

• Laporan lanjut perang Russia-Ukraine

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg