Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

GEMPA DI TURKEY DAN SYRIA

Palang Merah S'pura ikrar AS$100,000 bantu mangsa gempa

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



PERTUBUHAN Palang Merah Singapura (SRC) telah menjanjikan AS$100,000 ($132,600) sebagai bantuan kemanusiaan bagi mangsa gempa bumi yang melanda Turkey dan Syria kelmarin.



Menurut SRC, Bulan Sabit Merah Turkey dan Bulan Sabit Merah Arab Syria, masing-masing akan menerima AS$50,000.



Gempa bumi berukuran 7.8 magnitud menyebabkan lebih 4,300 maut di Turkey dan wilayah barat laut jirannya Syria.



Keseluruhan blok pangsapuri runtuh, hospital musnah dan ribuan cedera atau kehilangan tempat tinggal.



Usaha mencari dan menyelamat mangsa berdepan cabaran akibat cuaca musim sejuk yang membeku, sedang ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.



Angka kematian dijangka meningkat.



Semalam, SRC berkata ia akan melancarkan rayuan mengumpul dana untuk menyokong operasi pemulihan.



Setiausaha Agung merangkap ketua eksekutif SRC, Encik Benjamin William, berkata:



"Kami amat sedih dengan kehilangan nyawa dan kecederaan, serta kerosakan harta benda dan mata pencarian yang timbul daripada bencana yang dahsyat ini. Kami beriltizam untuk menyokong usaha bantuan kecemasan dan operasi pemulihan."



Beliau berkata, SRC akan terus menilai keadaan dengan pertubuhan saudaranya di kedua-dua negara itu, dan bersedia untuk terus menyokong usaha bantuan, termasuk mungkin mengerahkan sumber tenaga.



"Kami berharap rakyat Singapura akan menyokong rayuan mengumpul dana kami, untuk membawa harapan dan membantu masyarakat yang terjejas di Turkey dan Syria," kata Encik William.



Pertubuhan itu juga telah mengaktifkan perkhidmatan Pemulihan Pautan Keluarga untuk membantu penduduk Singapura yang perlu menghubungi atau mencari ahli keluarga terdekat mereka di negara terjejas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >