JAKARTA: Puluhan ribu kanak-kanak berada dalam keadaan "sangat berbahaya" selepas gempa bumi kuat melanda pulau Sulawesi Tengah di Indonesia Jumaat lalu, sedang mangsa kian terdesak memerlukan bantuan dan jumlah korban dikhuatiri akan terus meningkat.
Sekurang-kurangnya 1,234 orang sudah disahkan maut dalam gempa itu dan tsunami yang dicetuskannya, menurut angka rasmi daripada Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan petang semalam.