Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panama Papers: Anak Najib berkata beliau tidak lagi terlibat dalam dua syarikat yang disebut

Apr 06, 2016 | 12:30 PM



PETALING JAYA: Anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau tidak lagi terlibat dalam kedua-dua syarikat yang dinamakan dalam kebocoran data yang digelar Panama Papers.



"Saya memegang jawatan pengarah dalam dua syarikat berpangkalan di Kepulauan Virgin British (BVI) - Jay Marriot International dan PCJ International Venture Limited. Syarikat-syarikat itu ditubuhkan oleh firma undang-undang antarabangsa Mossack Fonseca," kata Datuk Mohd Nazifuddin Najib.



Bagaimanapun, Datuk Nazifuddin berkata beliau telah memindahkan semua saham Jay Marriott kepada kakak pengarah Ch'ng Soon Sen dan meletak jawatan pada 2011.



PCJ International ditutup setahun selepas penubuhannya pada 2013 kerana tiada transaksi perniagaan, katanya dalam laman Facebook sebagai respons kepada soalan-soalan mengenai paras pelibatan beliau.



"Tiada transaksi perniagaan dibuat pada masa saya terlibat dalam dua syarikat tersebut," katanya.



Datuk Nazifuddin berkata Konsortium Kewartawanan Siasatan Antarabangsa (ICIJ) tidak membayangkan bahawa ada salah laku.



Panama Papers merujuk kepada kebocoran besar dokumen mendedahkan pemimpin dan selebriti yang meletak wang mereka dalam syarikat luar pesisir sulit dan perlindungan cukai dunia.



Kebocoran daripada Mossack Fonseca itu melibatkan lebih 11.5 juta dokumen, hampir 215,000 syarikat dan 14,153 pelanggan firma firma undang-undang Panama itu.



Ia diperolehi oleh akhbar Jerman, Sueddeutsche Zeitung, dan dikongsinya dengan media lain, termasuk ICIJ.



ICIJ pada Isnin melaporkan bahawa ahli kerajaan Malaysia dan keluarga mereka antara yang memiliki syarikat luar pesisir di Singapura dan BVI.



Sementara itu, dua menteri Kabinet Malaysia menolak perkara itu.



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata tidak ada sebab untuk kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang dinamakan dalam Panama Papers kecuali terdapat bukti salah laku menggunakan akaun luar pesisir.



Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ramai orang yang disebut dalam Panama Papers telah menjalankan perniagaan sebelum mereka menyertai politik. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >