Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panda dikeluar dari senarai haiwan terancam

Jul 22, 2021 | 05:30 AM



BEIJING: Kini sah beruang raksasa panda tidak lagi disenaraikan sebagai binatang terancam, hasil kewujudan cagar alam.



Pengeluaran panda daripada senarai tersebut menunjukkan bahawa cagar alam menjalankan tugasnya untuk memelihara kepelbagaian haiwan di negara itu, kata seorang pegawai China.



"Jumlah panda di hutan meningkat menjadi sekitar 1,800, yang mencerminkan keadaan hidup mereka yang semakin baik dan usaha China dalam menjaga habitat mereka," kata Encik Cui Shuhong, ketua Jabatan Pemeliharaan Alam dan Ekologi Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar.



Banci keempat mengenai jumlah panda di China oleh Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Nasional mendapati bahawa 1,864 panda tinggal di kawasan liar pada 2013, meningkat daripada 1,596 pada 2003 ketika banci ketiga dilakukan.



Sejak 1970-an, China telah melakukan empat banci berkaitan haiwan panda, satu setiap dekad, yang tertumpu di kawasan Sichuan, Shaanxi dan Gansu, di mana kebanyakan panda berada.



Kaedah perlindungan China termasuk membangunkan kawasan simpanan buat panda, memindahkan penduduk daripada habitat panda, melatih penduduk tempatan untuk menjadi renjer dan membiakkan panda.



Pada 2018, Pentadbiran Taman Negara Panda yang berpusat di Sichuan ditubuhkan.



Taman itu, yang menghubungkan habitat terpecah, juga mengambil sebahagian kawasan di wilayah Shaanxi dan Gansu dan meliputi 87.5 peratus keseluruhan jumlah panda di negara itu.



"Sejak 2006, kami berhasil membiakkan semakin banyak panda dalam kurungan," kata seorang anggota staf daripada Pusat Pemeliharaan dan Penyelidikan China bagi Panda di Sichuan.



Pada 2016, Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam telah mengumumkan bahawa status panda raksasa telah diubah daripada "terancam" menjadi "rentan" dalam Senarai Merah Spesies Terancam.



Namun, pihak berkuasa hidupan liar China tetap berhati-hati, dengan mengatakan masih terlalu awal untuk mengeluarkan panda raksasa daripada senarai haiwan yang terancam berdasarkan keadaan sebenar di China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >