Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pandemik bantu bina semula kepercayaan pada media: Tinjauan Reuters Institute

Jun 24, 2021 | 05:30 AM



PARIS: Pandemik Covid-19 telah membantu membina semula kepercayaan yang hilang pada media, dan mendorong syarikat berita berubah ke arah digital, menurut satu laporan tahunan Reuters Institute yang diterbitkan semalam.



Edisi ke-10 laporan mengenai berita digital itu mendapati kepercayaan terhadap laporan berita telah meningkat 6 mata menjadi 44 peratus sejak bermulanya krisis itu.



Angka itu didasarkan pada satu siri tinjauan pendapat yang dijalankan oleh YouGov di 46 negara, dengan lebih 92,000 peserta.



Kadar kepercayaan tertinggi kekal di Finland (65 peratus) sementara Amerika Syarikat jatuh ke tahap terendah di antara negara yang ditinjau, hanya 29 peratus.



Perancis sedikit lebih baik pada 30 peratus, walaupun ia meningkat 7 mata.



"Tumpuan pada laporan fakta semasa krisis Covid-19 mungkin membuat berita itu lebih mudah dibaca, sementara cerita itu juga mempunyai kesan mengetepikan berita politik yang berpihak," kata penulis utama, Encik Nic Newman.



"Ini mungkin kesan sementara, tetapi di hampir semua negara kita melihat pembaca memberi premium lebih utama pada sumber berita yang tepat dan yang boleh dipercayai."



Institut Reuters, yang beribu pejabat di Universiti Oxford, Britain, mendapati peningkatan penggunaan berita arus perdana terutama di negara dengan "media perkhidmatan awam yang kuat dan bebas".



Namun, ia juga mengatakan media cetak terus menurun dengan banyak, diperburuk oleh kesan penjualan dan iklan ekoran pandemik itu.



Ini telah mempercepat peralihan ke arah langganan digital, terutama di negara dengan penjualan fizikal kekal tinggi seperti Jerman, Austria dan Switzerland.



Namun, di sekitar 20 negara dengan pihak akhbar sedang secara aktif membangunkan penjualan digital mereka, hanya 17 peratus responden mengatakan mereka membayar bagi berita dalam talian, meningkat 2 peratus berbanding laporan tahun lalu dan 5 peratus pada 2016.



Jumlah orang yang membayar berita adalah tertinggi di negara yang kaya dengan tradisi melanggan surat khabar fizikal, seperti Norway (45 peratus) dan Sweden (30).



Jumlahnya lebih rendah di Amerika (21 peratus), Perancis (11), Jerman (9) dan Britain (8).



"Langganan kian berkesan buat beberapa penerbit tetapi tidak akan berkesan buat semua penerbit dan paling penting, ia tidak akan berkesan buat semua pengguna," kata pengarang bersama laporan itu, Profesor Rasmus Kleis Nielsen.



"Memandangkan banyak akses bagi mendapatkan berita percuma, penerbit perlu membangunkan pilihan menarik untuk mengumpulkan penerbitan atau lebih banyak cara membayar jumlah lebih kecil bagi akses terbatas."



Sementara itu, kepercayaan terhadap berita yang dikongsi di media sosial tetap rendah pada 24 peratus.



Terdapat peningkatan kekhuatiran berkaitan maklumat yang salah, walaupun sangat berbeza antara negara - dari 82 peratus di Brazil dengan 37 peratus di Jerman.



Sebilangan besar masih mahukan media supaya bersikap tidak memihak (74 peratus) dan percaya pandangan yang bertentangan harus diberi laporan seimbang (72 peratus).



Laporan itu juga mendapati generasi muda mempunyai kaitan lemah dengan media tradisional, dan lebih cenderung mendapat berita daripada media sosial, agregator dan pemberitahuan.



Facebook kini terkebelakang berbanding anak syarikatnya WhatsApp dan Instagram sebagai sumber berita manakala TikTok kian menjadi sumber berita yang popular khususnya dalam kalangan pembaca muda, selain menjadi wadah utama dalam menggembleng tenaga bantahan seperti di Peru, Indonesia dan Thailand. - AFP.




"Tumpuan pada laporan fakta semasa krisis Covid-19 mungkin membuat berita itu lebih mudah dibaca, sementara cerita itu juga mempunyai kesan mengetepikan berita politik yang berpihak... Ini mungkin kesan sementara, tetapi di hampir semua negara kita melihat pembaca memberi premium lebih utama pada sumber berita yang tepat dan yang boleh dipercayai."
- Encik Nic Newman, penulis utama laporan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >