Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pandemik Covid-19 kian meruncing, tambahan pesat kes ancam sistem kesihatan: WHO

Oct 25, 2020 | 4:38 PM
KEADAAN MEMBIMBANGKAN: Awal minggu ini, Sepanyol pula menjadi negara Eropah pertama yang melaporkan rekod sejuta kes jangkitan coronavirus sejak pandemik bermula. Penduduk negara itu juga bersiap sedia bagi tempoh darurat, perintah berkurung pada waktu malam dan langkah pengekangan baru dikuatkuasakan. - Foto AFP
KEADAAN MEMBIMBANGKAN: Awal minggu ini, Sepanyol pula menjadi negara Eropah pertama yang melaporkan rekod sejuta kes jangkitan coronavirus sejak pandemik bermula. Penduduk negara itu juga bersiap sedia bagi tempoh darurat, perintah berkurung pada waktu malam dan langkah pengekangan baru dikuatkuasakan. - Foto AFP -

PARIS: Lebih banyak negara memperketat langkah antikoronavirus pada Sabtu (24 Oktober) dengan Perancis melanjutkan perintah berkurung dan Belgium mempercepatkan langkah kekangan sedang jangkitan baru Covid-19 menular di pelbagai pelosok dunia.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah memberi amaran akan wujudnya peningkatan pesat dalam jangkitan Covid-19 yang mengancam keupayaan sistem kesihatan dalam menangani arus kedua kes koronavirus di samping menguji negara yang awalnya kelihatan mampu mengawal virus tersebut.

Pada Sabtu (24 Oktober), Presiden Poland, Encik Andrzej Duda, mendedahkan beliau adalah tokoh awam terkini yang diuji positif Covid-19 sedang negara Kesatuan Eropah (EU) itu berdepan dengan rekod kadar jangkitan tertinggi.

Awal minggu lalu, Sepanyol pula menjadi negara Eropah pertama yang melaporkan rekod sejuta kes jangkitan coronavirus sejak pandemik bermula. Penduduk negara itu juga bersiap sedia bagi tempoh darurat, perintah berkurung pada waktu malam dan langkah pengekangan baru dikuatkuasakan.

Colombia pula menjadi negara terkini yang melaporkan sejuta kes Covid-19 pada Sabtu (24 Oktober) sedang Perancis pula mencatat rekod 24 jam dengan bilangan jangkitan melebihi 45,000 kes sehari. Pemerintah Perancis telah melanjutkan perintah berkurung semalaman meliputi kawasan perumahan sekitar 46 juta penduduk. Perdana Menteri Perancis, Encik Jean Castex pula menjelaskan lagi 700 juta paun ($1.13 bilion) akan diperuntukkan bagi membantu penduduk miskin yang terjejas oleh pandemik.

Pada Jumaat, Ketua WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran "terlalu banyak negara melihat peningkatan pesat kes Covid-19 sehingga hospital dan unit jagaan rapi berdepan dengan keadaan hampir atau di luar tampungan mereka.

"Kami menggesa pemimpin agar mengambil langkah segera bagi mengelakkan kematian yang tidak sepatutnya berlaku," ujar Dr Ghebreyesus lagi.

Di serata dunia kini, pandemik Covid-19 telah mengorbankan sekitar 1.1 juta nyawa dan menjangkiti 42 juta individu. Amerika Syarikat adalah yang paling teruk terjejas dengan 224,000 kes kematian disusuli dengan Brazil, India, Mexico dan Britain. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg