Premium
Panel akan dibentuk kaji semula projek Forest City
Aug 30, 2018 | 5:30 AM
MASA DEPAN PROJEK BELUM PASTI: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Zuraidah Kamaruddin berkata apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai melarang warga asing membeli unit kediaman dalam projek Forest City belum dirasmikan menjadi dasar. - Foto BH oleh JOYCE FANG -
PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia akan membentuk satu jawatankuasa bagi mengkaji semua terma projek pembangunan Forest City di Johor.
Menteri Datuk Zuraidah Kamaruddin berkata jawatankuasa itu akan terdiri daripada wakil daripada kementeriannya, kementerian kewangan dan kerajaan negeri, serta pihak lain jika perlu.

