Topic followed successfully
Go to BHkuPantai barat Amerika terjejas teruk kebakaran hutan
Premium
Pantai barat Amerika terjejas teruk kebakaran hutan
Sep 14, 2020 | 5:30 AM
Pantai barat Amerika terjejas teruk kebakaran hutan
MUSNAH DIJILAT API: Beberapa kenderaan musnah akibat dijilat api kebakaran hutan di Berry Creek, California, Amerika. - Foto EPA-EFE -
PORTLAND (Amerika Syarikat): Asap tebal menyelubungi pantai barat Amerika Syarikat berikutan kebakaran hutan membabitkan kawasan seluas hampir 2,023 hektar dan mengorbankan 27 orang, kelmarin ketika pencabar jawatan presiden, Encik Joe Biden, memberi amaran bahawa perubahan iklim kini menjadi isu penting.
Pegawai Amerika meramalkan kemungkinan jumlah korban lebih tinggi ketika banyak tanah di California, Oregon dan Washington masih dilitupi api yang berpunca daripada cuaca yang kering akibat perubahan iklim.

