Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pantai Boracay ditutup selepas pelancong membenarkan anaknya buang air besar di pantai

Aug 15, 2019 | 01:52 PM



SEBAHAGIAN kawasan pantai Boracay ditutup sejak semalam (14 Ogos) untuk kerja-kerja pembersihan sehingga 72 jam selepas seorang pelancong asing dikatakan telah membiarkan anaknya membuang air besar di perairannya, kata Ketua Pelancongan, Cik Bernadette Romulo-Puyat.



Cik Puyat mengesahkan bahawa Setiausaha Alam Sekitar Roy Cimatu telah mengarah Pengurus Besar Pasukan Petugas Inter-agensi Boracay (BITF) Natividad Bernardino untuk mengasingkan kawasan itu untuk kerja-kerja pembersihan.



Kawasan di mana kejadian berlaku kini ditandakan dengan petanda seluas 100 meter yang tertulis 'Tidak dibenarkan berenang, kawasan ini sedang dibersihkan' untuk tempoh 48 hingga 72 jam.



 



Sebuah video yang merakam kejadian seorang warga negara asing kononnya membiarkan anak kecilnya membuang air besar di tepi pantai di Stesen Boracay 1 baru-baru ini terus viral di media sosial. 



Wanita tersebut kemudian dilihat menguburkan seluar dalam anaknya yang bernajis itu ke dalam pasir, The Philippine Star melaporkan.



Cik Puyat mendesak orang ramai untuk melaporkan insiden seperti itu kepada pihak berkuasa sekiranya mereka menyaksikannya berlaku.



Mereka yang bersalah boleh menghadapi penalti kerana melanggar undang-undang alam sekitar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >