Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN PERUBAHAN IKLIM

Pantai M'sia teruk terjejas dek hakisan semakin buruk

Pantai serata negara, dari Pulau Tioman ke Port Dickson semakin mengecut
Jul 28, 2022 | 07:33 AM



SALAH satu pondok chalet tepi pantai di Terengganu milik Encik Abdul Wahab Osman menghadapi risiko hanyut ke laut.



Pada Januari lalu, sebahagian chalet di Homestay Birra Pata itu musnah dek ombak setinggi 10 m.



Beliau kehilangan beberapa bidang tanahnya dalam banjir itu apabila ombak kuat menghakis pasir di pantai yang terletak di luar ibu kota negeri pantai timur Kuala Terengganu.



"Saya kehilangan 6m tanah saya pada Januari.



"Saya sebelum ini ada pagar dan buaian, semua sudah tiada sekarang," katanya kepada The Straits Times.



Hakisan pantai yang semakin teruk sejak bertahun menyebabkan beliau kehilangan lebih 18m kawasan darat yang kini ditenggelami lautan.



"Saya kehilangan kira-kira 3m tanah setiap tahun. Saya sudah telah kehilangan kira-kira dua pertiga tanah saya," kata Encik Abdul Wahab, 62 tahun.



Setiap Oktober, beliau perlu mendapatkan 150 tan pasir, yang dibawa masuk oleh trak untuk mengukuhkan kawasannya bagi persiapan menghadapi musim tengkujuh, yang berlangsung dari sekitar November hingga Februari.



Encik Pok Nong, 65 tahun, seorang pemilik restoran pula berkata kira-kira 50m pantai di hadapan kedainya di Pantai Mengabang Telipot telah hilang akibat hakisan.



"Dulu ada tanah di seberang jalan untuk pelanggan saya meletak kenderaan, tetapi ia telah hilang sekarang," katanya.



"Kanak-kanak sebelum ini boleh bermain di pantai tetapi mereka tidak boleh lagi - kita telah kehilangan pantai."



Hakisan adalah isu yang sudah lama berlaku bagi Terengganu, yang berdepan ombak ganas Laut China Selatan.



Pihak berkuasa telah mengambil langkah melindungi pantai.



Ini termasuk memasang struktur seperti pemecah ombak atau tembok batu untuk mengurangkan hakisan ombak, dan menggantikan pasir pantai yang terhakis.



Lima pemecah ombak telah dibina pada 2019 di Kampung Tengah Mengabang Telipot dengan kos RM70 juta (S$22 juta), dan satu lagi projek RM90 juta akan melihat lagi 16 dibina dalam tempoh tiga tahun akan datang.



Pantai di seluruh Malaysia, dari Pulau Tioman ke Port Dickson, sedang menangani isu ini.



Penyelidik Earth Friends Malaysia Cik Mageswari Sangaralingam berkata bahagian yang popular seperti Pantai Batu Ferringhi di Pulau Pinang semakin mengecut.



Beberapa pokok telah tercabut tahun lalu akibat hakisan, dan masalah itu telah menjadi "lebih kritikal", katanya.



Malaysia telah kehilangan lebih 15 peratus pantainya, dengan laut menelan kira-kira 1,347.6km garis pantai daripada 8,840km yang wujud sebelum ini dalam beberapa dekad yang lalu, menurut sebuah kajian kerajaan.



Sebanyak 44 pantai di negara itu mengalami hakisan kritikal lebih 4m setahun, menurut Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan 2015.



Antara punca hakisan pantai adalah perubahan iklim, paras laut meningkat dan pembangunan yang tidak terkawal, kata Encik Zainalfikry Daud, pengarah divisyen pengurusan kawasan pantai di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.



"Kebanyakan punca adalah semula jadi, seperti air pasang dan fenomena air pasang ekstrem. Beberapa kawasan yang sebelum ini tidak terjejas oleh hakisan pantai kini terjejas akibat perubahan iklim.



Apabila fenomena air pasang ekstrem berlaku, maka banjir akan berlaku di kawasan pantai," katanya.



Kejadian air pasang ekstrem semakin meningkat sejak kebelakangan ini, terutamanya di Selangor dan Negeri Sembilan.



Paras laut Malaysia boleh meningkat antara 14cm dan 94cm menjelang 2100, mengikut unjuran kajian oleh Institut Kajian Air Kebangsaan Malaysia.



"Kalau kita tak buat apa-apa, kampung akan berada di bawah air, tetapi kami



telah pun menjalankan kajian dan kami terus melaksanakan projek untuk melindungi pantai," kata Encik Zainalfikry.



Walau bagaimanapun, ia tugas mahal dan rumit.



Projek pencegahan dan pemulihan mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk dilaksanakan Projek tembok batu boleh menelan belanja RM10 juta untuk setiap kilometer.



Setiap projek mengambil kira tapak dan perlu direka khusus untuk setiap lokasi memanangkan setiap morfologi pantai adalah berbeza.



Sebanyak RM168 juta telah telah diperuntukkan setakat ini untuk pengurusan hakisan pantai di bawah Rancangan Malaysia ke-12 sehingga tahun ini.



Penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Nerus yang memberi tumpuan kepada kajian kelautan sedang berusaha menangani isu tersebut. Namun ia perjuangan yang sukar.



Biarpun membina pemecah ombak demi melambatkan hakisan di satu kawasan pantai boleh boleh menyebabkan hakisan di bahagian lain, kerana ombak beralih ke tempat lain.



Zamil terhormat Institut Oseanografi dan Alam Sekitar di UMT Profesor Nor Aieni Mokhtar, berkata:



"Sebaik kami melindungi satu tapak, ombak akan meningkat di tapak lain. Ia akan mengubah corak garis pantai. Ia sangat mencabar.



"Ia adalah proses semula jadi tetapi pembangunan manusia akan memburukkan lagi hakisan itu.



"Bagi Terengganu pula, setiap tahun semasa musim tengkujuh, akan ada kawasan yang terjejas."



Prof Nor Aieni, yang telah terlibat dalam projek perlindungan pantai sejak 1990-an, menambah:



"Kita mesti sedar tentang perubahan iklim dan kejadian paras laut meningkat, kerana ia boleh meningkatkan bilangan tapak hakisan pantai, terutamanya di tempat yang tiada perlindungan."



Profesor bersekutu di fakulti sains dan persekitaran kelautan UM, Dr Effi Helmy Ariffin, telah menjalankan kajian perrinti Batu Rakit yang menggunakan pagar kayu yang membiarkan air laut mengalir keluar tetapi menjaga pasir daripada ditelan laut semasa ribut.



Sementara itu, Encik Zainalfikry yakin bahawa Malaysia boleh menangani isu itu walaupun hakisan semakin teruk.



"Kami menjangkakan ia akan menjadi lebih teruk, tetapi kita ada langkah mitigasi



dirancang sehingga 2100... Kerajaan tidak akan membiarkan kampung dan pekan tepi laut lenyap," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >