Parlimen Hongkong tangguh bahas rang ekstradisi
Tunjuk perasaan yang bermula Ahad lalu berterusan dengan ribuan orang berkumpul di luar ibu pejabat pemerintah di Admiralty, sekat laluan ke pusat bandar
Jun 13, 2019 | 05:30 AM
HONGKONG: Ahli Parlimen Hongkong terpaksa menangguhkan perbahasan yang dirancang mengenai Rang Undang-Undang ekstradisi kontroversial semalam, selepas beribu-ribu orang menunjuk perasaan di luar ibu pejabat pemerintah di Admiralty dan menyekat laluan ke pusat bandar.
Dalam satu nasihat, pihak berkuasa Hongkong meminta penjawat awam agar tidak pergi ke ibu pejabat pemerintah kerana pintu masuknya dihalang.