Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M'sia absah pelantikan Anwar sebagai PM

Semua AP secara lisan dan bukan undian nyatakan persetujuan terhadap usul undi percaya yang dibentang
Dec 20, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN Malaysia mengabsahkan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, selepas meluluskan usul undi percaya yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, petang semalam.



Semua anggota parlimen (AP) secara lisan dan bukan undian berbelah bagi menyatakan persetujuan terhadap usul tersebut selepas diminta oleh Speaker Datuk Seri Johari Abdul dan tiada kedengaran suara AP yang membantah.



Pada persidangan pagi semalam, blok kerajaan diwakili 148 AP, manakala pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) diwakili 74 AP.



Berikutan keputusan tersebut, kedudukan Datuk Anwar sebagai perdana menteri ke-10 bertambah kukuh dengan sokongan secara terbuka di Parlimen, yang kali terakhir dilakukan oleh perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pada 1976 dan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2003 bagi mengabshahkan pelantikan mereka.



Sebelum itu, Datuk Seri Fadillah memberitahu Parlimen pihaknya menjunjungi kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja yang berkenaan pelantikan Datuk Anwar sebagai perdana menteri selepas tidak ada parti atau gabungan parti mempunyai majoriti membentuk kerajaan.



"Kami Kerajaan Perpaduan komited memenuhi amanah rakyat dengan menyusun strategi bagi menghadapi cabaran ekonomi yang di jangka meleset pada 2023 selain melaksanakan tadbir urus yang baik," katanya.



Sementara itu, ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, menyifatkan usul undi percaya terhadap Datuk Anwar hanyalah gimik semata-mata, terutama selepas perjanjian dimeterai antara kerajaan yang membentuk Kerajaan Perpaduan.



AP Bagan, Encik Lim Guan Eng, pula berhujah berdasarkan prosedur Parlimen, usul percaya sebenarnya tidak perlu dibahas tetapi perkara itu dibenarkan memandangkan kerajaan sedia ada mengamalkan demokrasi.



Sehubungan itu, katanya, beliau meminta pihak pembangkang tidak menyalahgunakan ruang yang diberikan kepada ketua pembangkang.



Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli, pula berkata kerajaan menyasarkan untuk beralih kepada kebergantungan pada pelbagai sumber yang lebih kukuh, lestari dan progresif.



Menurut beliau, ekonomi Malaysia bergerak melampaui kebergantungan pada komoditi dan pembuatan bernilai rendah dan beralih kepada ekonomi berasaskan teknologi, bernilai tambah, kreativiti dan inovasi.



Menyentuh penolakan PN kepada gelaran "kerajaan perpaduan", beliau berkata gabungan pembangkang tiada dalam kerajaan pemimpin utama karana mereka sendiri telah menolak tawaran untuk membentuk kerajaan bersama.



Pada sebelah pagi, Parlimen memilih Datuk Johari sebagai Speaker ke-11 apabila memperoleh 147 undi manakala pencabarnya, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad mendapat 74 undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >