Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M'sia lulus rang antilompat parti

Jul 29, 2022 | 05:30 AM



PARLIMEN Malaysia semalam meluluskan rang undang-undang yang mengekang tindakan lompat parti oleh Ahli Dewan Rakyat, atau Anggota Parlimen (AP).



Ia mencipta sejarah apabila meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat atau Anggota Parlimen (AP) Bertukar Parti selepas rang itu dibahas sejak kelmarin.



Undian yang dibuat secara belah bagi selepas diarahkan oleh Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun itu menyaksikan 209 AP menyokong manakala 11 AP tidak hadir daripada keseluruhan 220 AP yang masih berkhidmat.



Kawasan Parlimen Grik di Perak dan Batu Sapi di Sabah kosong berikutan kematian kededua AP.



RUU tersebut melepasi halangan pertama apabila diluluskan dengan undian 209 menyokong selepas dibahaskan pada bacaan kali kedua.



Ia perlu mendapat kelulusan dua pertiga, atau jumlah minimum 148 AP di bawah Perlembagaan Persekutuan.



Undian tersebut dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menggulung perbahasan selepas selesai dibahaskan selama dua hari.



RUU sama akan dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negara yang akan bersidang pada 8 hingga 16 Ogos.



Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, yang membacakan RUU tersebut kelmarin, berkata kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti, atau "lompat parti", yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.



Ini kerana ia melibatkan mandat atau amanah rakyat yang memilih wakil rakyat mereka di Parlimen, ujarnya



"Pindaan undang-undang ini juga untuk memberikan mesej yang jelas kepada setiap Ahli Dewan Rakyat supaya berpegang kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada ahli Dewan Rakyat ketika proses pilihan raya.



"Selain itu, saya yakin Rang Undang-Undang ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang," kata beliau.



Sebelum rang itu diluluskan, 54 AP daripada kerajaan mahupun pembangkang menyertai perbahasannya.



AP Baling daripada Barisan Nasional (BN), Encik Abdul Azeez Abdul Rahim turut mencadangkan tindakan diambil terhadap seluruh kepimpinan tertinggi parti yang menerima "katak politik", iaitu AP yang lompak parti, termasuk presidennya, dengan mengosongkan kerusi mereka sebagai AP Parlimen atau Anggota Dewan Undagan Neger (Adun).



Menurut AP Baling itu, tindakan tersebut perlu bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti selain beliau turut mencadangkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran sesebuah parti yang menerima katak politik.



Cik Isnaraissah Munirah Majilis, AP Warisan daripada Kota Belud, mahu AP yang melompat parti dihukum dengan kehilangan hak daripada menerima pencen sebagai AP atau dun.



Menurutnya, AP yang melompat parti juga perlu diwajibkan memulangkan semua elaun yang diterima sebagai AP Parlimen atau Adun.



Malaysia telah menyaksikan tiga kerajaan dalam tempoh lebih dua tahun, kebanyakannya dicetuskan oleh penggubal undang-undang bertukar parti dan kesetiaan.



Rang itu, yang dilihat sebagai permulaan kepada pilihan raya umum, yang dijangka diadakan sebelum tarikh akhir September 2023, bertujuan menamatkan budaya tawar-menawar politik yang berterusan dalam kalangan penggubal undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >