Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen Perancis luluskan rang perangi 'pemisah Islam' yang gugat perpaduan nasional

Feb 18, 2021 | 5:30 AM
CARI SOKONGAN: Menteri Ehwal Dalam Negeri Perancis, Encik Gerald Darmanin, meninggalkan sebuah mesyuarat di wilayah de l'Essonne, di kota Evry di Paris, semasa satu lawatan yang memberi tumpuan pada rang undang-undang "bertujuan memperkukuh nilai republikan" Disember lalu. Ia sebahagian usaha pemerintah mendapatkan sokongan bagi usaha memerangi golongan radikal Muslim menyusuli beberapa serangan di negara itu. - Foto AFP
CARI SOKONGAN: Menteri Ehwal Dalam Negeri Perancis, Encik Gerald Darmanin, meninggalkan sebuah mesyuarat di wilayah de l'Essonne, di kota Evry di Paris, semasa satu lawatan yang memberi tumpuan pada rang undang-undang "bertujuan memperkukuh nilai republikan" Disember lalu. Ia sebahagian usaha pemerintah mendapatkan sokongan bagi usaha memerangi golongan radikal Muslim menyusuli beberapa serangan di negara itu. - Foto AFP -

PARIS: Parlimen Perancis kelmarin meluluskan rang undang-undang yang digubal khas untuk memerangi kebangkitan yang disifatkannya sebagai "pemisah Islam", atau 'Islamisme', di bandar dan kota yang dianggap pemerintah menggugat perpaduan nasional.

Langkah itu ialah bagi menentang pengganas, terutama radikal Islam, meskipun ada pengkritik mengatakan ia melanggar kebebasan beragama.

Dengan mengambil kira pilihan raya umum 2022, Presiden Perancis Emmanuel Macron berusaha mengangkat rang undang-undang itu, yang memperketat kawalan isu berbangkit daripada ajaran agama, kebencian dalam talian dan poligami.

Ia dibahas dalam suasana penuh ketegangan di Perancis menyusuli tiga serangan lewat tahun lalu oleh pelampau, termasuk kes seorang guru, mendiang Samuel Paty, yang dipenggal Oktober lalu kerana menunjukkan kartun Nabi Muhammad saw.

Perundangan itu digelar rang undang-undang antipemisah kerana menteri risau pelampau sedang cuba mewujudkan masyarakat Islam yang menolak identiti dan undang-undang sekular Perancis, umpamanya kesaksamaan jantina.

Perancis, yang menjadi kediaman masyarakat Islam terbesar di Eropah, masih bimbang berikutan beberapa pembunuhan yang dilakukan militan Islam sejak Januari 2015, mengakibatkan ratusan maut.

Dewan perwakilan Majlis Kebangsaan dijangka mengundi undang-undang itu hari ini, selepas 135 jam ia dibahas yang menyaksikan sekitar 313 pindaan dilakukan.

Parti pimpinan Encik Macron mempunyai majoriti terbesar, bermakna rang undang-undang itu akan lulus tetapi dewan Senat juga akan memeriksa draf peruntukan itu pada bulan depan dan mungkin melakukan pindaan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg