Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Demokrat tekad lancar dakwaan kilat

Speaker Dewan Kongres mahu Presiden Trump disingkirkan dari kuasa ekoran Capitol diceroboh
Jan 09, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, menggesa supaya Presiden Donald Trump segera disingkirkan daripada kuasa, menggelarkannya sebagai "orang yang sangat bahaya yang tidak seharusnya terus memegang jawatan".



"Ini adalah darurat pada tahap tertinggi," kata pemimpin kanan Demokrat di Kongres itu sedang beliau mendesak Naib Presiden Mike Pence dan anggota Kabinet Encik Trump untuk menggunakan pindaan ke-25.



Gesaan itu dibuat sehari setelah kumpulan penyokong Encik Trump menyerbu dan menceroboh bangunan Capitol dengan dorongan Encik Trump dalam usaha untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden negara itu.



Jika pindaan ke-25, yang membolehkan majoriti anggota Kabinet untuk menyingkirkan presiden yang dianggap tidak dapat melaksanakan tugasnya, tidak digunakan, Kongres bersedia melakukan tindakan pendakwaan segera, kata Cik Pelosi.



"Saya tidak fikir ia akan memakan masa yang lama untuk mendapatkan jawapan daripada naib presiden," kata Cik Pelosi, sambil menambah bahawa beliau dan pemimpin Demokrat di Dewan Senat, Encik Chuck Schumer, telah "menyatakan pendirian kami mengenai perkara ini, jadi kami akan melihat apa jawapan mereka. Namun mereka harus bertanggungjawab dalam perkara ini".



Beliau menyalahkan langsung apa yang dianggapnya sebagai satu "percubaan merampas kuasa" kepada Encik Trump, menyatakan bahawa presiden Amerika itu "menghasut pemberontakan bersenjata terhadap Amerika".



"Satu garisan batasan telah dilintasi dengan begitu besar sehingga tidak mungkin presiden ini diizinkan untuk membuat keputusan, untuk membangkitkan pasukan Trumpnya. Apa yang seterusnya, apa yang berlaku hari ini?" tanya beliau.



"Kita tahu bahawa beliau perlu dibendung."



Cik Pelosi memuji sebilangan anggota Republikan yang 'berani' kerana akhirnya bersuara menentang Encik Trump.



Namun dengan persoalan yang diajukan mengenai kegagalan pasukan keselamatan berkaitan keganasan ke atas bangunan Capitol, beliau menuding jari kepada pemangku setiausaha pertahanan Christopher Miller, dengan mengatakan bahawa Encik Miller "pasti harus menjawab di mana Pengawal Nasional semasa itu".



Sedang terdapat lebih banyak suara yang mahukan Encik Trump disingkirkan, beliau buat kali pertamanya dilihat menerima kekalahan dalam pilihan raya presiden November lalu.



Menulis di Twitter, Encik Trump berkata:



"Kita baru saja melalui pilihan raya yang amat bersaing dan emosi tinggi. Namun sekarang rasa marah mesti ditenangkan kembali.



"Satu pentadbiran baru akan dibentuk pada 20 Januari. Tumpuan saya sekarang adalah untuk memastikan peralihan kuasa yang teratur dan lancar.



"Detik sekarang memerlukan penyembuhan dan pendamaian."



Dalam pada itu, penyiasat federal sedang meneliti semua orang yang terlibat dalam rusuhan di bangunan Capitol, termasuk peranan Presiden Trump menghasut perusuh, kata pemangku Peguam Amerika kelmarin.



Ditanya wartawan jika penyiasat sedang meneliti peranan yang dimainkan Encik Trump dalam kejadian itu, Encik Michael Sherwin berkata:



"Kami sedang melihat semua pelaku di sini dan siapa saja yang berperanan dan, jika bukti itu sesuai unsur-unsur kejahatan, mereka akan didakwa. "



Pegawai penguatkuasa undang-undang di Washington bergerak pantas untuk membawa tuduhan jenayah terhadap perusuh dalam serangan di Capitol sedang pasukan polis Capitol menghadapi persoalan serius tentang bagaimana bangunan itu mudah dicerobohi.



Ketua Polis Capitol Steven Sund dilaporkan akan meletak jawatan pada 16 Januari akibat pencerobohan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >