Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti komponen PN akur bentuk Majlis Presiden bagi perkukuh kerjasama politik

Muhyiddin: Pertemuan pertama awal tahun depan, dengar taklimat ekonomi negara, pengurusan Covid-19
Dec 19, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) Malaysia bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden yang akan dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform bagi membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.



Majlis Presiden itu akan mengadakan pertemuan pertama pada awal tahun depan untuk mendengar taklimat mengenai beberapa isu, termasuk pengurusan pandemik Covid-19 di Malaysia.



Sekretariat Setiausaha Agung Parti-Parti Dalam Kerajaan PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perkara itu dipersetujui oleh semua ketua parti dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.



"Bagi menyelaraskan Majlis Presiden terbabit, satu sekretariat yang dianggotai oleh semua Setiausaha Agung parti-parti dalam kerajaan PN ditubuhkan.



"Pada mesyuarat itu parti-parti dalam kerajaan PN turut membincangkan pembentukan sebuah kerjasama politik yang kukuh bagi mewujudkan kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Tan Sri Muhyiddin berkata Majlis Presiden itu akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal tahun depan.



"Majlis akan bertemu lebih kerap dengan pertemuan pertama pada awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan Covid-19 dan penyediaan RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12)," kata Tan Sri Muhyiddin dalam satu catatan di Facebook.



Ketua parti yang hadir pada mesyuarat itu ialah presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; presiden Parti Islam SeMqlaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang; presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; dan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.



Turut hadir mewakili ketua parti lain ialah timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; timbalan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum; timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Encik Arthur Joseph Kurup; timbalan presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Encik Edward Dagul; naib presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Paul Igai; setiausaha agung Kongres India Malaysia (MIC), Datuk M. Asojan; dan setiausaha agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Guan Dee Koh Hoi. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >