Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti Mahathir sertai Pakatan Harapan, henti usaha satukan PAS, pembangkang

Mar 16, 2017 | 09:19 AM



KUALA LUMPUR: Parti politik Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi akan menyertai Pakatan Harapan (PH), dan mantan perdana menteri itu akan mendesak pakatan pembangkang tersebut menukar namanya dan menggunakan satu logo tunggal dalam pilihan raya umum akan datang.



Langkah itu boleh dibaca sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) beliau melepaskan peranan merapatkan tiga parti komponen PH dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS).



Tun Dr Mahathir, pengerusi PPBM, berkata selepas satu mesyuarat kepimpinan pada Selasa (14 Mac) bahawa "pakatan pembangkang besar" yang dirancang itu akan mempunyai satu manifesto dan meletak hanya seorang calon bagi setiap kerusi.



"Kami telah bersetuju bahawa selain nama baru (bagi perikatan PH-PPBM), kita juga perlu mempunyai logo baru dan simbol bagi pilihan raya umum," katanya kepada pemberita, menurut laman berita FreeMalaysiaToday.



PAS, yang semakin rapat dengan Umno, telah membincangkan selama beberapa bulan kemungkinan bekerjasama dengan PPBM, tetapi tiada perjanjian diumumkan.



Parti itu telah berkata ia tidak akan bekerjasama dengan PH, yang anggotanya termasuk musuh politiknya, iaitu Parti Tindakan Demokratik, yang menentang agenda Islam, dan Parti Amanah Negara (Amanah), yang berpecah daripada PAS.



Ahli ketiga PH ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang yang sedang dipenjara.



Dr Mahathir berkata PAS dialu-alukan menyertai gabungan baru yang dicadangkan itu. "Kami terbuka untuk membentuk satu pakatan dengan mana-mana pihak. Bukan PAS saja, tetapi ada dua, tiga pihak lain yang berminat."



Parti pembangkang bimbang tanpa PAS bersama mereka, parti Islam itu akan menyebabkan pertandingan tiga penjuru di banyak kawasan undi, yang akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional (BN) yang diketuai Umno.



Sementara itu, Dr Mahathir dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz bersetuju mengadakan debat awam di kawasan undi Datuk Seri Nazri di Padang Rengas, Perak, pada 25 Mac, lapor akhbar The Star pada Rabu (15 Mac).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >