Parti pemerintah kekal kuasa dalam pilihan raya berdarah Bangladesh
Premium
Parti pemerintah kekal kuasa dalam pilihan raya berdarah Bangladesh
Jan 7, 2014 | 6:00 AM
MEMBERONTAK: Aktivis Parti Jamaat-e-Islami Bangladesh dan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) bertempur dengan aktivis Liga Awami di Rajshahi pada hari mengundi kelmarin. Liga Awami menang besar dalam pilihan raya yang diboikot pihak pembangkang, dan merupakan pilihan raya yang berdarah sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang, dan menyaksikan hanya segelintir rakyat keluar mengundi. - Foto REUTERS -
DHAKA: Liga Awami kembali berkuasa di Bangladesh dalam satu pilihan raya kelmarin, yang bukan sahaja disifatkan pihak pembangkang sebagai satu "sandiwara", bahkan dicemari pertumpahan darah yang meragut sekurang-kurangnya 26 jiwa.
Keputusan pilihan raya kelmarin sudah dijangkakan setelah para pembangkang memboikotnya - sekali gus memberi laluan kepada 153 calon Liga Awami dan sekutunya dipilih tanpa bertanding dalam parlimen 300 kerusi negara itu.

