Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti pemerintah Myanmar janji penuhi keperluan, aspirasi rakyat

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



YANGON: Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) berjanji akan memenuhi keperluan dan aspirasi segenap lapisan rakyat Myanmar setelah ia menang besar dalam pilihan raya umum yang diadakan 8 November lalu.



Dalam mesej pertamanya kepada rakyat negara itu setelah keputusan pengumuman pilihan raya diumumkan baru-baru ini, parti itu menyatakan ia akan terus melaksanakan tiga matlamatnya yang disebut dalam manifesto pilihan raya - memperjuang hal ehwal etnik dan keamanan dalam negara; satu Perlembagaan yang dapat mewujudkan kesatuan persekutuan demokratik; dan pembangunan serta keselamatan yang mampan.



Parti ini juga beriltizam bersikap bertanggungjawab sebagai respons kepada kepercayaan dan sokongan warga terhadap parti itu dalam pilihan raya lalu, sambil menambah bahawa parti itu telah berjaya memperoleh sokongan ramai selama lebih 30 tahun sejak pilihan raya 1990.



Parti NLD memperoleh kemenangan besar dengan merebut majoriti kerusi di tiga peringkat Parlimen pada pilihan raya kali ini.



Menurut pengumuman keputusan oleh Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini, NLD memperoleh 920 kerusi daripada 1,117 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.



Parti itu memenangi 396 kerusi di dua Dewan Kesatuan Parlimen, melepasi jumlah sasaran untuk membentuk pemerintah baru, selain memperoleh 501 kerusi di Parlimen Wilayah dan 23 kerusi etnik minoriti di Parlimen Wilayah.



Parti pemerintah itu juga menang melebihi 83 peratus daripada semua kawasan undi yang ditandinginya - naik daripada 80 peratus pada pilihan raya 2015, sementara parti itu memenangi lebih 95 peratus kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2012 dan lebih 82 peratus pada pilihan raya 1990.



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, telah mengucapkan tahniah kepada ketua NLD, Cik Aung San Suu Kyi, atas kemenangan NLD itu.



"Tahniah kerana memimpin Liga Kebangsaan bagi Demokrasi dalam satu lagi kejayaan dalam pilihan raya umum Myanmar.



"Keputusan ini mencerminkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Myanmar terhadap kepimpinan dan visi NLD bagi negara itu," kata Encik Lee dalam suratnya kepada Cik Suu Kyi.



Pemimpin China, Encik Xi Jinping, juga mengirim surat kepada Cik Suu Kyi mengucapkan tahniah kepada partinya kerana mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum terbaru itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >