Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti PM Kishida kekalkan majoriti dalam pilihan raya Jepun

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Fumio Kishida, yang memimpin Parti Demokratik Liberal (LDP), berjaya mengekalkan kuasa majoriti dalam pilihan raya umum negara itu kelmarin.



Pelabur di Tokyo bersorak menerima berita kemenangan LDP, yang menyaksikan Encik Kishida dan parti rakan gabungannya, Komeito, memenangi 293 daripada 465 kerusi Dewan Rakyat.



Indeks saham Nikkei meningkat lebih 2 peratus selepas media Jepun melaporkan keputusan itu, yang membolehkan blok pemerintah menggubal undang-undang berkaitan pandemik dan pakej rangsangan perbelanjaan pertahanan.



Encik Kishida berkata tinjauan mendapati orang ramai percaya LDP, yang berkuasa hampir berterusan sejak 1950-an.



"Apabila pakatan pemerintah diberi majoriti, kerajaan diberi kepercayaan. Ia satu perkara besar," katanya, 64 tahun.



Encik Kishida menjadi ketua LDP sebulan lalu selepas Encik Yoshihide Suga meletak jawatan selepas hanya setahun disebabkan ketidakpuasan orang ramai terhadap respons krisis Covid-19.



Beliau berjanji akan mengeluarkan satu pakej rangsangan baru bernilai puluhan trilion yen bagi mengatasi kesan pandemik itu terhadap ekonomi ketiga terbesar di dunia itu.



Encik Kishida juga menggariskan rancangannya untuk menangani ketidaksamaan yang dipertingkatkan oleh dasar neoliberal Encik Suga dan pendahulunya, Encik Shinzo Abe, dengan mengagihkan kekayaan secara adil di bawah kapitalisme baru, walaupun butirannya masih kabur.



Pakar ekonomi kanan di Moody's Analytics, Encik Stefan Angrick, berkata 106 juta pengundi Jepun kelihatan tidak teruja oleh perdana menteri baru.



"Kishida perlu meyakinkan orang ramai dan ahli muda partinya bahawa kesinambungan tidak bermakna status quo, sebaliknya mengekalkan apa yang telah berjaya dan memperbaiki apa yang tidak," katanya.



Sementara itu, Penolong Profesor Pengajian Asia di Temple University, Encik Michael Cucek, berkata LDP perlu berjuang dengan hebat.



"Jika (Kishida) mengetuai parti tetapi kehilangan kerusi, pesaingnya mula berfikir bahawa beliau mungkin hanya perdana menteri setahun," katanya.



Dalam beberapa dekad kebelakangan, undi menentang LDP berpecah antara beberapa parti pembangkang utama, tetapi kali ini lima parti lawan menjalinkan kerjasama.



Harian Yomiuri Shimbun berkata parti pemerintah berdepan saingan pilihan raya sukar di seluruh Jepun. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >