Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Pilihan raya presiden Indonesia: Imbangi kepentingan elit dan populariti umum

Aug 28, 2022 | 05:30 AM



SURUHANJAYA Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) rasmi telah mendaftar parti-parti politik yang berminat bertanding dalam pilihan raya umum (GE) 2024 mulai 1 hingga 14 Ogos 2022.



Walaupun pilihan raya itu akan diadakan 18 bulan lagi, gerakan awal sudah bermula di kalangan parti-parti utama untuk bersaing dalam pilihan raya presiden itu.



Gabungan yang paling menyolok adalah di antara Ketua Umum parti Gerindra, Encik Prabowo Subianto, dengan Ketua Umum, Partai Kebangkitan Bangsa (PKB), Encik Muhaimin Iskandar.



Pendaftaran bersama mereka di KPU pada 8 Ogos lalu, disusuli satu sidang akhbar bersama, di mana Encik Prabowo menyuarakan kesediaan untuk bertanding bagi jawatan presiden buat kali ketiganya, dengan Encik Muhaimin pula menunjukkan kesungguhan untuk berganding dengan Encik Prabowo, jelas menjadi tentangan kepada parti-parti lain.



Gandingan Prabowo-Muhaimin yang dicadangkan ini mengesahkan betapa bersemangatnya di kalangan parti-parti elit bagi memastikan pencalonan mereka untuk bersaing bagi jawatan presiden dan naib presiden dalam pemilihan pada 2024, eksklusif bagi pemimpin atau kader parti.



Para pemimpin dalam Koalisi Indonesia Baru (KIB), turut menunjukkan sikap yang sama.



Ketua Umum, Golkar, Encik Airlangga Hartarto; Ketua Umum, Partai Amanat Nasional (PAN), Encik Zulkifli Hassan; dan Ketua Umum, Partai Persatuan Pembangunan (PPP), Encik Suharso Monoarfa, secara bersama-sama mendaftar di KPU pada 10 Ogos.



Walaupun KIB belum menetapkan pencalonan mereka bagi pemilihan presiden, namun mereka telah menyatakan beberapa kali sebelum ini yang mereka akan mengutamakan pemimpin-pemimpin parti dalam KIB.



Encik Airlangga akan mendapat lebih keutamaan kerana Golkar sekarang ini mempunyai paling banyak kerusi dalam parlimen dan secara tradisinya akan mendapat lebih banyak undi berbanding yang lain, sama ada PPP atau PAN.



Perkembangan dalam Partai Demokrasi Indonesia-Perjuangan ((PDI-P) pula, akan menyaksikan, memandangkan parti ini mempunyai perwakilan paling ramai di parlimen dan adalah satu-satunya yang boleh menamakan pencalonan mereka sendiri bagi pemilihan presiden ini.



Dalam Perhimpunan Kebangsaan PDI-P pada Jun lalu, Ketua Umum, Cik Megawati Soekarnoputri, membayangkan sokongan terhadap anak perempuannya, Puan Maharani, berbanding Encik Ganjar Pranowo, sebagai calon bagi pemilihan presiden nanti, sekalipun Puan Maharani berada di belakang dalam pungutan suara yang telah diadakan.



Cik Megawati dengan tegas menegur para kader parti yang cuba mengukuhkan kedudukan mereka melalui "dua kumpulan" (dalam dan luar parti) dan mengancam memecat kader-kader yang cuba berbuat demikian.



Dengan jelasnya Cik Megawati meminta Encik Ganjar membacakan saranan-saranan yang dibuat dalam perhimpunan itu, satu daripadanya adalah tentang penamaan calon bagi pemilihan presiden adalah atas kewenangan Ketua Umum PDI-P.



Cik Megawati telah mengarahkan Puan Maharani mewakili PDI-P untuk meneroka kemungkinan membentuk pakatan dengan elit parti-parti lain.



Ramai meramalkan, peluang Encik Ganjar dinamakan sebagai calon PDI-P bagi pemilihan presiden itu agak semakin pudar.



Mungkin juga dalam peringkat awal ini, Cik Megawati sedang "mengapung belon ujian."



Pernah Encik Joko Widodo (Jokowi) berada dalam kedudukan yang sama dalam 2014, seperti yang dialami Encik Ganjar sekarang.



Mungkin juga ini lebih kepada suatu corak politik yang belum diketahui, di mana Cik Megawati dan parti pimpinannya bersikap pragmatik untuk mengakui bahawa sokongan popular terhadap calon presiden bukan suatu aset, dan boleh diabaikan sesuka hati, tidak kira seberapa rendah kedudukan seseorang itu dalam parti.



Daripada sembilan parti yang sekarang ini mempunyai kerusi dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), hanya Partai NasDem yang jelas membayangkan bahawa tokoh bukan perwakilan parti mungkin menjadi calon yang akan dinamakan olehnya bagi pemilihan presiden 2024 nanti.



Dalam Perhimpunan Nasional NasDem yang lalu, Ketua Umum NasDem, Encik Surya Paloh, mengumumkan bahawa tiga tokoh terkemuka telah dicadangkan sebagai bakal calon presiden.



Mereka adalah, Encik Anies Baswedan, Gabenor Jakarta sekarang; Encik Andika Perkasa, Panglima Angkatan Bersenjata Indonesia; kedua-nya bukan tokoh parti, dan Encik Ganjar yang merupakan seorang kader PDI-P.



Bagaimanapun, NasDem tidak boleh menamakan calon presiden secara bersendirian.



Kerana, bilangan undi yang dimilikinya tidak cukup untuk memenuhi 20 peratus kerusi dalam parlimen yang diperlukan (atau 25 peratus jumlah undi) sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah peraturan pilihan raya yang ketat.



Encik Anies, Encik Ganjar dan Encik Andika masing-masing akan bertungkus lumus dalam beberapa bulan mendatang untuk mendekati parti atau pakatan parti yang boleh menyokong mereka, kecuali NasDem berhasil menyertai dua atau lebih parti untuk memenuhi persyaratan itu bagi membolehkannya membuat pencalonan.



Inilah sebabnya mengapa para pemimpin parti mempunyai kelebihan yang jelas berbanding tokoh-tokoh yang tidak mewakili parti dalam persaingan mendapatkan pencalonan bagi pemilihan presiden nanti.



Secara privet, para pemimpin parti heboh mengatakan bahawa calon-calon presiden yang dinamakan oleh parti mereka banyak dipengaruhi oleh hasil pungutan suara yang lebih menumpukan perhatian kepada populariti.



Sementara kumpulan elit parti pula berpendapat, adalah menjadi hak bagi sesebuah parti untuk menamakan calon mereka bagi jawatan presiden dan naib presiden.



Kebanyakan mereka (kumpulan elit) juga percaya bahawa jika mereka yang dicalonkan, parti mereka boleh mendapat manfaat dan peroleh lebih banyak undi dalam pilihan raya umum kelak.



Jika kumpulan elit parti ini juga dapat mendinginkan pilihan popular pungutan suara itu, (kecuali Encik Prabowo), yang masih mendahului dalam kebanyakan pungutan suara, ini menandakan suatu peralihan semangat dalam politik di Indonesia.



Encik Jokowi adalah seorang kader biasa PDI-P, berlawanan dengan yang lebih ulung, dipilih sebagai calon presiden dalam pilihan raya 2014.



Juga, Encik Susilo Bambang Yudhoyono (SBY), selaku Ketua Umum Partai Demokratik, yang dalam pilihan raya Presiden 2004 bukan selaku ketua umum parti tetapi popular dalam pungutan suara, berjaya menang untuk memegang kuasa.



Kededua, SBY dan Jokowi mengalahkan ketua-ketua umum parti lain, menunjukkan bagaimana populariti umum adalah faktor penting dalam beberapa pilihan raya umum sebelumnya.



Senario yang digerakkan oleh kumpulan elit parti itu boleh menjadi kenyataan jika semua ketua umum parti bertindak menolak penamaan calon bukan elit seperti Encik Ganjar atau Encik Anies bertanding atas nama parti mereka.



Tokoh-tokoh penting parti akan mendapat faedahnya jika calon yang tidak berparti atau kader biasa yang popular seperti Encik Anies, Encik Ganjar dan Encik Ridwan Kamil gagal mendapat pencalonan.



Para pemimpin parti dilihat akan menggunakan kuasa veto mereka untuk memastikan pencalonan mereka sendiri.



Sekalipun, tokoh-tokoh popular seperti Encik Anies dan Encik Ganjar mendapat sokongan mana-mana parti politik, besar kemungkinan mereka akan didesak untuk menerima pencalonan sebagai naib presiden. Kerana, sekarang ini, para pemimpin parti sedang berada di belakang calon-calon yang tidak berparti dalam pungutan suara.



Satu tinjauan yang kredibel menunjukkan, dalam simulasi pengundian antara ketua-ketua kemungkinan Encik Prabowo terpilih amat tinggi, sekitar 38.2 peratus.



Sedangkan yang lain-lain amat rendah dan ada juga yang tidak meyakinkan.



Ketua Umum Parti Demokratik (DP), Encik Agus Harimurti Yudhoyono (AHY), 10 peratus; Cik Megawati, 7.5 peratus; Puan Maharani, 5.7 peratus dan Encik Muhaimin hanya 4.6 peratus.



Sementara ketua-ketua parti yang lain mendapat suara yang lebih rendah.



Lebih menarik lagi, 27 peratus responden kajian itu, tidak dapat memberi jawapan apabila nama-nama calon yang muncul dalam simulasi tersebut hanya dibataskan kepada ketua-ketua umum parti.



Walaupun Encik Prabowo mendahului dalam pungutan suara itu, kumpulan elit parti pada umumnya yakin yang mereka boleh mengalahkan beliau dalam pilihan raya umum 2024 nanti.



Tambahan lagi, Encik Prabowo sudah dua kali gagal dalam pemilihan presiden 2014 dan 2019.



Populariti beliau juga akan terumbang-ambing dalam beberapa bulan mendatang; sudah ada laporan yang pengundi sudah mengubah pilihan mereka kepada Encik Anies atau Encik Ganjar.



Dalam satu simulasi pungutan suara terbaru, yang menyertakan calon-calon elit tidak berparti, banyak firma kajian yang kredibel mendapati Encik Ganjar berada di tangga paling atas, dengan Encik Anies di kedudukan ketiga.



Senario seperti ini boleh menjadi kenyataan sekiranya pencalonan Encik Ganjar dan Encik Anies ditolak daripada mewakili parti-parti mereka.



Bagaimanapun, jika ada sebuah parti atau pakatan parti yang bertentangan dengan persefahaman tidak bertulis itu, dengan mencalonkan Encik Ganjar atau Encik Anies, parti-parti lain terpaksa mencari tokoh-tokoh popular, mungkin calon yang tidak berparti, untuk berpeluang memenangi pilihan raya presiden itu nanti.



Sekiranya ini berlaku, maka aspirasi para pemimpin parti untuk menguasai pilihan raya presiden yang akan datang, akan dikalahkan sekali lagi oleh desakan persaingan populariti umum.




  • Encik Burhanuddin Muhtadi adalah Zamil Pelawat di Institut Yusof Ishak bagi Program Kajian Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >