Premium
PAS bakal tubuh pakatan baru
Mar 12, 2016 | 5:30 AM
DATUK TAKIYUDDIN HASSAN: Butiran pakatan baru akan diumum minggu depan. -
KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) bakal menubuhkan permuafakatan baru bersama sebuah parti politik sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata permuafakatan yang bakal mewujudkan blok politik ketiga itu bertujuan bersaing dengan pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

