Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pas bentang usul pindaan undang-undang syariah

Apr 06, 2017 | 02:50 PM



KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tengah hari semalam membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355).



Ketika membentangkannya pada 12.30 tengah hari, Datuk Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, berkata pindaan itu bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan Islam, lapor Berita Harian Online semalam.



Beliau turut menegaskan yang akta itu hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak membabitkan orang bukan Islam.



“Janganlah dengar (dakwaan) pindaan (Akta) 355 adalah pintu belakang untuk (pelaksaan) hudud di Malaysia. Hudud sukar untuk dilakukan.



Kenapa RUU355 perlu dipinda? Ia adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.



“Kita ingin menegaskan usul ini hanya terpakai kepada orang Islam di negara ini. Ia tidak terpakai kepada bukan Islam.



“Sejarah membuktikan sejak akta ini (Akta 355) diluluskan 52 tahun lalu, belum pernah ada orang bukan Islam didakwa mengikut jenayah syariah.



“Oleh itu kita memohon Ahli Yang Berhormat (YB) bukan Islam supaya tidak bimbang akan implikasi undang-undang ini kerana tidak ada seorang pun warga bukan Islam pernah disabitkan,” katanya.



Datuk Abdul Hadi yang memakai kot dan baju melayu ungu muda serta bersamping mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membentangkan usul berkenaan.



Usul itu disokong untuk dibahaskan oleh Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu).



Pada 24 November lalu, Datuk Abdul Hadi membawa usul pindaan itu menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 ($31,620) dan maksimun 100 sebatan berbanding maksimum tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.



Datuk Abdul Hadi membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat buat pertama kali pada 26 Mei 2016, tetapi menangguhkan perbahasan dan membentangkan versi yang disemak semula pada November 2016.



Pembentangan usul itu mencatat sejarah tersendiri kepada Dewan Rakyat kerana buat pertama kali RUU Persendirian dikemukakan Abdul Hadi dibentangkan dan dibahaskan untuk kelulusan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >