Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pas bentuk pakatan pembangkang baharu

Mar 11, 2016 | 09:38 AM



KUALA LUMPUR: Selepas memilih tidak lagi bergabung dalam pakatan pembangkang, Parti Agama SeMalaysia (Pas) mengorak langkah mewujudkan sebuah lagi pakatan baharu pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).



Ketika mendedahkan perancangan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerjasama politik baharu dengan sebuah parti politik pembangkang itu didakwa 'mampu menggerunkan' pakatan pembangkang sedia ada.



Kata beliau, kerjasama yang dinamakan blok politik ketiga tersebut merupakan langkah pertama Pas ke arah menghadapi PRU-14.



Beliau menjelaskan, ia sekali gus akan mengukuhkan kedudukan Pas di bawah pendekatan baharu melalui keazaman 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera'.



"Pas ada blok pembangkang kita sendiri yang akan diumumkan pada 16 Mac ini iaitu akan ada kerjasama dengan sebuah parti politik.



"Ini langkah pertama kita dan selepas ini akan ada lagi beberapa kerjasama antara parti politik lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pada masa ini lebih 100 NGO bersama kita," katanya di lobi Parlimen semalam.



Datuk Takiyuddin berkata, pengumuman muafakat parti baharu itu akan diadakan di ibu pejabat Agung Pas dengan menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua parti berkenaan.



Enggan mendedahkan nama parti tersebut, beliau bagaimanapun berkata, mereka mempunyai matlamat perjuangan yang sama demi kepentingan negara dan Islam.



Namun katanya, Pas tidak akan sesekali berundur ke belakang untuk bersama pakatan pembangkang sedia ada.



"Sekarang ini mereka (pakatan pembangkang) sudah bimbang dengan kita, justeru kerjasama ini akan menggerunkan lagi pihak mereka. Kita tidak menolak kemungkinan PRU-14 nanti akan berlaku pertembungan tiga penjuru," katanya.



Ini merupakan kerjasama politik ketiga yang disertai oleh Pas sejak 1990. Pada tahun tersebut, Pas mengadakan kerjasama politik dengan Parti Semangat 46 (S46) sebelum bersama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam pakatan pembangkang.



Bagaimanapun Pas membuat keputusan tidak meneruskan kerjasama dalam pakatan tersebut selepas bertelingkah dengan DAP tetapi tetap bekerjasama dengan PKR.



Tambahan pula, pakatan itu turut melibatkan Parti Amanah Negara (PAN) yang merupakan parti serpihan Pas. PAN ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin Pas yang diketuai oleh Mohamad Sabu yang tewas dalam pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu. - Utusan Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >