Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PAS dakwa Kelantan dianaktirikan, punca masalah air tidak selesai

Aug 4, 2023 | 2:47 PM
MASALAH AIR BERSIH: Kelantan telah selama beberapa dekad mengalami masalah air bersih.
MASALAH AIR BERSIH: Kelantan telah selama beberapa dekad mengalami masalah air bersih. - Foto ST

KOTA BHARU: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mendakwa punca masalah air di Kelantan yang tidak dapat diselesaikan hingga kini disebabkan Kerajaan Pusat menganaktirikan negeri ini.

Ketua Pemuda PAS, Encik Ahmad Fadhli Shaari, berkata selama 30 tahun Kelantan dijadikan anak tiri oleh Umno.

Katanya, sebelum ini geran dan peruntukan diberikan kepada negeri lain di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang bermula pada 2000, tetapi Kelantan tidak diberikan.

“Negeri bawah BN mereka bagi sumbangan, geran dan peruntukan dengan menganaktirikan Kelantan. Baru sekarang (Kerajaan Persekutuan) bagi (peruntukan) kepada Kelantan, itu pun secara hutang.

“Kita perlu geran bagi pembangunan air sebab rakyat semakin ramai, rumah makin banyak didirikan tetapi paip tidak dapat diperbesarkan kerana tiada dana dan peruntukan.

“Sebab itu bila kita ada dalam kerajaan, perkara ini dibaiki dengan begitu pantas dengan tatacara dan tata kelola apabila peruntukan diberikan (kepada Kelantan),” katanya dalam Ceramah Pakat Pertahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Pasir Mas, pada Khamis malam, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen (AP) Pasir Mas, berkata hendak baiki dengan segera kerosakan yang dibuat dalam masa berpuluh tahun, ia bukannya senang.

Beliau berkata dengan pemerintahan Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan, tak sempat kerana perlu keluarkan tender dan dengan Covid-19 dan macam-macam perkara lagi, akhirnya banyak perancangan yang dibuat tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya lagi.

“Kita duduk dalam Kerajaan Persekutuan dan kerajaan PN tidak ada lagi istilah Kelantan dianaktirikan.

“Di Pasir Mas pada Februari 2021, berlaku runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Celagi hingga menyebabkan banyak rumah musnah, kereta masuk dalam gaung.

“Untuk halang air masuk dalam bandar, kita berjaya bina benteng dengan peruntukan RM65 juta ($19.7 juta), termasuk RM20 juta bayar (pampasan) pada penduduk,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg