Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PAS: Malaysia mesti ditadbir berdasarkan Islam

Jun 02, 2016 | 04:27 PM

KOTA BARU: Parti Islam seMalaysia (PAS) menekankan bahawa Malaysia mesti ditadbir berdasarkan Islam kerana sistem sekarang gagal, kata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kami berniat untuk mengambil pendekatan baru bagi menghidupkan semula apa yang dilakukan Islam 1,400 tahun yang lalu," kata beliau kepada wartawan selepas membuka Muktamar PAS ke-62 di Pengkalan Chepa, hari ini, Khamis (2 Jun).

Walaupun sistem sekarang seperti demokrasi, sosialisma dan kapitalisma telah meminjam beberapa elemen dari Islam, sistem tersebut tidak mengambil "kepercayaan, dosa dan rahmat" dalam pertimbangan.

"Ini yang berlaku apabila anda mengasingkan Islam dari politik. Orang akan memilih untuk melakukan apa sahaja mereka mahu kerana tiada konsep dosa dan rahmat," kata beliau.

Datuk Abdul Hadi menekankan Islam adalah satu cara hidup bukan sebuah agama, sambil menambah ia membenarkan masyarakat hidup dalam harmoni tidak kira kaum atau agama.

Beliau berkata PAS juga akan mengamalkan sebuah budaya yang menggalak kewujudan sebuah masyarakat yang berharmoni.

"Kami mungkin berbeza dari segi pandangan dan pendekatan tetapi kami tidak seharusnya mencetuskan sebarang kesusahan," tambahnya.

Datuk Abdul Hadi berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan sama ada PAS masih meneruskan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3