Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS, Muhyiddin nafi PN terima wang kempen dari syarikat judi

Dec 07, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, menafikan sindiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima dana politik daripada syarikat perjudian.



Menyifatkan sindiran itu sebagai fitnah, Datuk Takiyuddin mencabar Datuk Anwar supaya membuktikan dakwaan tersebut.



"Tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan PAS menuntut supaya Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu menunjukkan bukti...," ujarnya.



Datuk Takiyuddin juga berkata PN sedang menimbangkan mengambil tindakan mahkamah sekiranya Datuk Anwar tidak mengemukakan bukti bagi dakwaannya itu.



"PAS amat kesal dengan dakwaan itu, yang terdapat unsur memfitnah, yang dibuat oleh Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kononnya dana bagi kempen-kempen Perikatan Nasional dalam pilihan raya datang daripada syarikat-syarikat perjudian," katanya dalam satu kenyataan dipetik oleh akhbar Malay Mail.



Datuk Takiyuddin berkata jika Datuk Anwar gagal memberikan bukti, "Perikatan Nasional akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang pihak yang membuat fitnah".



Datuk Anwar membuat sindiran itu dalam satu sidang media yang dipengerusikannya sejurus selepas mesyuarat Kabinet pada tengah hari kelmarin.



Beliau, yang juga Menteri Kewangan, membayangkan di sidang media itu bahawa wang judi mungkin telah digunakan sebagai dana kempen Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia bulan lalu, , tetapi beliau tidak memberikan buktinya.



Sebaliknya, Datuk Anwar berkata beliau akan melakukan "pemeriksaan terhadap perkara itu."



Walaupun tidak menyebutkan sebarang parti atau ahli politik dalam dakwaannya itu, adalah dipercayai bahawa ia merujuk kepada PN, sebuah gabungan yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan turut disertai PAS serta Parti Gerakan Rakyat Malaysia.



"Tentunya, dana itu telah digunakan bagi membiayai pilihan raya tetapi perlu diperiksa akan perkara itu," kata Datuk Anwar.



Tan Sri Muhyiddin juga menafikan dakwaan itu.



"... saya tidak tahu bagaimana Perdana Menteri membuat dakwaan begitu serius hanya kerana kita menang (banyak kerusi) dan hanya kerana kita mempunyai banyak bendera atau kita telah menggerakkan jentera kita dengan berkesan dan menewaskannya sehingga Umno mengalami kekalahan besar di lapan negeri," katanya semasa ceramah pilihan raya parlimen Padang Serai di Taman Selasih di sini kelmarin.



"Kami tidak akan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan tidak akan menerima walaupun satu sen derma daripada mana-mana syarikat perjudian," tambahnya.



Beliau juga berkata bahawa PN telah berikrar tidak akan mengamalkan perkara sebegitu dan memandang serius dakwaan tersebut.



Dalam pilihan raya itu, PH memenangi paling banyak kerusi diikuti oleh PN dan sebuah lagi gabungan, Barisan Nasionan (BN), tetapi tiada parti atau gabungan mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.



Akhirnya PH dan BN sert gabungan dari Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.



Sementara itu, di sidang media beliau, Datuk Anwar juga memaklumkan bahawa pentadbirannya akan mengurangkan bilangan undian loteri oleh firma perjudian kepada lapan kali setahun mulai 1 Januari, selepas pentadbiran PN menambahnya kepada 22 kali. - Malay Mail, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >