Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS tidak akan sertai gabungan PN pada PRU mendatang

Jul 16, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sebelum ini penyokong tegar mantan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini nampaknya berubah arah dan dilihat untuk tidak bersama Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya umum akan datang.



Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dilihat mengambil pendirian tidak menyertai gabungan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin dengan mengumumkan bahawa partinya tidak akan menggunakan logo PN pada pilihan raya umum akan datang.



Beliau juga menolak dakwaan Tan Sri Muhyiddin bahawa PN mempunyai perjanjian rasmi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diberikan jawatan timbalan perdana menteri kepada parti pimipinan Tan Sri Muhyiddin, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Tan Sri Muhyiddin menjadi perdana menteri selama 17 bulan berikutan 'Langkah Sheraton' pada Mac 2020 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan tidak sampai dua tahun selepas kemenangannya dalam pilihan raya pada 2018.



Presiden Bersatu itu meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Ogos 2021 selepas sekumpulan ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka kepadanya dan beliau kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.



Walaupun PN dan Umno adalah lawan di peringkat negeri, mereka adalah sekutu yang dilihat janggal di peringkat nasional dalam kerajaan pimpinan Umno.



Umno mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) yang memerintah tidak akan bekerjasama dengan PN pada pilihan raya umum akan datang, yang mesti berlangsung sebelum September 2023.



Felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, berkata PAS "bersifat oportunistik, dan mereka melihat Umno berada dalam rentetan politik yang tidak dapat dikalahkan, terutamanya selepas kemenangan besar Umno di Melaka dan Johor''.



PN mengalami kekalahan dalam kedua-dua pilihan raya negeri, dengan BN membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.



"Sekarang Umno dan Bersatu nampaknya sudah pasti menentang satu sama lain, dengan Umno yang lebih berkuasa, PAS perlu menyelaraskan dirinya sewajarnya untuk menjadi sebahagian daripada gabungan yang menang dan memerintah selepas pilihan raya umum akan datang," kata Dr Oh kepada The Straits Times.- ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >