Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

PAS tidak akan sertai perhimpunan 'baju merah'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PAS tidak akan sertai perhimpunan 'baju merah'

Sep 08, 2015 | 05:35 PM

PETALING JAYA - Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak akan menyertai atau meminta anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diberi nama 'baju merah' pada 16 September ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata ia menyifatkan perhimpunan yang dirancangkan itu sebagai hak demokratik rakyat untuk berhimpun secara aman.

Namun, parti tersebut tidak akan menyertainya atau menyuruh anggotanya mengambil bahagian atas beberapa sebab.

Pertama, Datuk Takiyuddin berkata tarikh perhimpunan tersebut terlalu awal diadakan selepas Kongres Rakyat PAS yang telah dirancang di Shah Alam, Selangor, Sabtu ini.

Kedua, PAS tidak diberitahu atau diundang secara rasmi oleh penganjur perhimpunan untuk menyertainya.

Tarikh 16 September juga merupakan tarikh istimewa apabila Malaysia dibentuk.

"PAS merasakan mengadakan perhimpunan yang kelihatan khusus eksklusif untuk sebuah kumpulan adalah tidak sesuai, bahkan bertentangan dengan semangat Malaysia," tambah beliau - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3