Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasangan AS usaha satukan anak angkat dari China dengan kembarnya yang hilang

May 10, 2016 | 12:09 PM



KENTUCKY: Sepasang suami isteri di Amerika Syarikat yang menemui kegembiraan mengambil anak yatim kurang upaya dari China sebagai anak angkat, sedang berusaha menyatukan semula sepasang adik-beradik kembar yang dilahirkan dengan palsi serebrum.



Cik Lisa Lumpkins, yang mengambil Aubrey, 13 tahun, dari rumah anak yatim China pada 2013, sedang melayari Facebook pada awal Mac apabila gambar seorang gadis menyerupai Aubrey muncul, lapor Washington Post.



Gambar itu, sebahagian daripada kempen mendapatkan ibu bapa angkat bagi kanak-kanak lebih tua, membuat Cik Lisa menghubungi rumah anak yatim itu dan mendapatkan ujian DNA bagi menentukan apakah Avery dan Aubrey adik-beradik.



Beliau, 43 tahun, mendapat jawapannya: Avery kembar Aubrey yang dia tidak pernah tahu.



Tetapi Cik Lisa dan suaminya, Gene, menghadapi halangan dalam usaha mereka mengambil Avery sebagai anak angkat.



Pada asalnya, pasangan Lumpkins itu hidup selesa di Georgetown, Kentucky, dengan dua anak kandung mereka. Bagaimanapun pada 2008, mereka terbang ke China - dengan Gene melawan perasaan takut terbang - untuk mengambil Maya, 18 bulan, yang mempunyai komplikasi usus dan pundi hempedu, sebagai anak angkat.



Semasa di rumah anak yatim itu, mereka tidak sampai hati meninggalkan anak yatim lain.



"Apabila anda pergi ke rumah anak yatim dan melihat kanak-kanak itu dan apa hakikat bahawa mereka hanya mahu kasih sayang, apa yang penting berubah," kata Cik Lisa.



"Mereka telah mengubah diri saya. Nilai anda, apa yang penting... ia bukan soal berapa banyak wang anda ada atau kereta mewah atau cincin berlian besar, ada yang lebih penting dalam kehidupan. Ia mengenai apa yang anda boleh lakukan untuk membantu orang lain."



Pasangan itu akhirnya menjual kereta mewah mereka dan melepaskan percutian, untuk mengambil tiga lagi kanak-kanak China - Noah dua tahun selepas mengambil Maya, Aubrey, dan Carter pada 2014.



Kos mengambil setiap kanak-kanak itu sebagai anak angkat kira-kira AS$35,000 ($48,000).



Walaupun masih berhutang daripada mengambil Carter, mereka sedang berlumba dengan masa untuk mengambil Avery sebelum dia berumur 14 pada Ogos (mereka yang berumur lebih 14 tahun tidak layak bagi dijadikan anak angkat di luar negara).



Pasangan itu berusaha mengumpul dana dalam talian tetapi gagal.



Tetapi usaha itu dikesan Encik Leon Legothetis, seorang pengarang dan hos televisyen Britain yang kini bergerak di seluruh dunia membantu orang memerlukan. Beliau membantu mereka menubuhkan kempen GoFundMe yang mendapat sokongan dengan cepat.



Dalam masa dua minggu, kempen itu mendatangkan lebih AS$36,000, jauh melebihi sasaran awal sebanyak AS$25,000.



Dengan wang itu, pasangan Lumpkinses kini berharap dapat mempercepat proses mengambil Avery dan membawa dia ke Amerika pada Julai.



Wang lebihan itu akan digunakan untuk membeli kereta bagi keluarga yang kini seramai sembilan anggota itu.



"Ini sebuah keluarga yang mewujudkan sekitaran di mana perkara pertama yang anda rasa ialah kasih sayang," kata Encik Logothetis



Mengenai kempen yang berjaya itu, Cik Lisa berkata beliau tidak dapat berkata-kata dan "sudah menangis banyak kali".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >