Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasangan warga Singapura disiasat pihak berkuasa Taiwan atas dakwaan buang bayi

Mar 03, 2019 | 04:41 PM



PASANGAN warga Singapura disiasat pihak berkuasa Taiwan atas dakwaan membuang bayi baru lahir dalam tong kitar semula. 



Biro Penyiasatan Jenayah Taiwan dilaporkan meminta bantuan pihak berkuasa Singapura mengenai perkara tersebut, ini disahkan oleh pihak polis Singapura petang tadi. 



Media Taiwan melaporkan Khamis lalu bahawa mayat bayi perempuan itu dijumpai dibungkus dalam beg sampah pagi Selasa lalu oleh seorang kakitangan syarikat kitar semula, yang pada masa itu sedang mengasing-asingkan sampah. 



Beg sampah itu dikatakan telah dibawa oleh lori sampah dari Taipei ke Xindian. 



Menurut saluran berita Taiwan Focus Taiwan, polis tempatan mempercayai bahawa mayat budak perempuan itu dibuang selepas dia dilahirkan di kawan pusat Taipei. 



Bayi itu ditemui dengan plasenta dan tali pusatnya yang masih utuh. 



Pihak polis menyemak rakaman dari kamera-kamera sepanjang laluan trak sampah itu dan berkata bahawa seorang lelaki berusia 20an tahun telah membungkus mayat tersebut dalam beg plastik hitam dan membuangnya dalam kontainer yang dikhaskan untuk sampah dari dapur sekitar 3 pagi Selasa.



Mereka menambah bahawa orang ramai yang mendakwa mereka telah melihat lelaki itu berkata beliau bertutur dalam bahasa Mandarin dengan “lenggok asing”. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >