Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasar gelap terbesar dunia jual dadah, kad kredit tiruan dibongkar di Jerman

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Pasukan polis Jerman telah membongkar satu pasar gelap terbesar dunia, yang dikendalikan seorang warga Australia, bagi memudahkan penjualan dadah, data kad kredit yang dicuri dan perisian mengandungi virus atau malwe, menurut pihak pendakwaraya kelmarin.



Semasa penutupannya, DarkMarket punya hampir 500,000 pengguna dan lebih 2,400 peniaga dari serata dunia, sedang pandemik koronavirus menyebabkan penjualan narkotik di jalanan beralih ke dalam talian.



Polis di bandar utara Oldenburg "berjaya memberkas pengendali yang didakwa mengendalikan apa yang disyaki sebagai pasar gelap terbesar DarkMarket di rangkaian tertutup, pada hujung minggu lalu," kata pendakwa dalam satu kenyataannya.



"Para penyiasat berjaya menutup pasar gelap itu dan mematikan talian penghubung (server) pada Isnin lalu," tambah mereka, menyatakan kejayaan itu adalah hasil operasi penguatkuasaan undang-undang antarabangsa selama berbulan-bulan.



Sekurang-kurangnya 320,000 transaksi dijalankan menerusi pasar gelap itu, dengan lebih 4,650 bitcoin dan 12,800 monero (dua jenis mata wang maya) bertukar tangan, kata pendakwa.



Mengikut kadar tukaran semasa, jumlah itu menyamai S$226 juta.



Pasar gelap itu menawarkan jualan bagi "semua jenis dadah" dan juga "mata wang palsu, kad kredit tiruan atau yang dicuri, kad SIM yang tidak diketahui pemiliknya, malwe dan pelbagai lagi."



Seorang lelaki warga Australia berusia 34 tahum dipercayai pengendali DarkMarket telah diberkas berhampiran sempadan Jerman-Denmark, sedang lebih 20 talian penghubung yang digunakan di Moldova dan Ukraine dirampas.



"Para penyiasat menjangka menggunakan data yang tersimpan untuk melancarkan siasatan baharu ke atas pengantara, penjual dan pembeli dalam pasar gelap itu," kata pendakwa lagi.



Suspek utama telah dibawa menghadap hakim tetapi enggan bercakap. Dia kini ditahan di pusat tahanan praperbicaraan.



Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, Jabatan Penguatkuasaan AntiDadah (DEA) dan badan pencukaian IRS mengambil bahagian dalam siasatan itu bersama-sama polis dari Australia, Britain, Denmark, Switzerland, Ukraine dan Moldova.



Europol, agensi polis Eropah, memainkan peranan sebagai penyelaras.



Pandemik Covid-19 telah menggalak jualan di pasar gelap.



Pihak pendakwa Jerman berkata, 'DarkMarket' timbul semasa mereka melakukan siasatan besar-besaran ke atas penyedia khidmat yang menghoskan laman Internet, Cyberbunker, terletak di bekas tempat pelindung Nato di barat baya Jerman.



Tiga lelaki Belanda, tiga Jerman dan seorang warga Bulgaria dipercayai telah menyediakan prasarana bagi aktiviti dalam talian terlarang sebelum mereka diberkas pada September 2019.



Mereka telah menjalani perbicaraan sejak Oktober lalu di bandar Jerman, Trier.



'Pasar gelap' merangkumi laman yang hanya boleh dimasuki dengan menggunakan perisian tertentu atau kebenaran khusus, yang menjamin kerahsiaan identiti pengguna.



Mereka berdepan dengan tekanan meningkat daripada penguatkuasa undang-undang antarabangsa sejak beberapa bulan lalu.



Agensi narkotik Kesatuan Eropah menzahirkan keprihatinan pada September lalu bahawa pandemik gagal menghalang penyeludup dadah dan peraih, serta pembeli dan penjual daripada menggunakan laman tertutup itu untuk mendapatkan bekalan mereka.



Sedang urusan di jalanan terjejas disebabkan sekatan semasa kemuncak pandemik, ia berkata pengguna dan peraih telah memanfaatkan pasar gelap dalam talian, media sosial dan khidmat penghantaran ke rumah. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >