Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasar raya NZ kosongkan rak pisau, gunting susuli kes tikaman

Sep 05, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: Bagi memastikan keselamatan orang ramai terjaga, rangkaian pasar raya Kumpulan Countdown mengosongkan pisau dan gunting dari rak jualan buat sementara - sehari selepas kejadian seorang pelampau menikam enam individu di pasar raya milik syarikat itu.



Pengurus Besar Keselamatan Countdown, Cik Kiri Hannifin berkata, pihaknya membuat keputusan mengosongkan sementara pisau dan gunting dari rak selain sedang mempertimbangkan sama ada meneruskan jualan perkakasan berkenaan atau sebaliknya.



"Kami mahu kakitangan berasa selamat ketika mereka datang bekerja, terutama apabila mengingati kejadian semalam," katanya dalam satu kenyataan.



Sementara itu, rangkaian pasar raya lain juga mengeluarkan pisau dari rak jualan.



Penyerang warga Sri Lanka yang identitinya dirahsiakan itu ditembak mati oleh polis.



Perdana Menteri, Cik Jacinda Ardern, berkata lelaki itu terpengaruh dengan kumpulan militan dan berada di bawah pengawasan polis secara berterusan.



"Penyerang diawasi sejak 2016 kerana sokongannya terhadap ideologi ganas daripada militan.



"Menurut undang-undang, lelaki itu tidak boleh dipenjara, jadi dia terus dipantau," katanya.



Polis mengekori lelaki itu ketika dia masuk ke pasar raya Countdown di New Lynn di Auckland dan beranggapan hendak berbelanja, tetapi sebaliknya berlaku.



Polis kemudian menembak suspek dalam tempoh satu minit sebaik kejadian bermula. Tiga daripada enam mangsa dalam keadaan kritikal.



Pesuruhjaya Polis Andrew Coster berkata, pihak berkuasa yakin lelaki itu bertindak sendirian dan tidak ada bahaya lanjut kepada masyarakat.



Serangan keganasan terburuk di negara itu adalah insiden tembakan di masjid Christchurch pada Mac 2019, ketika seorang lelaki kulit putih membunuh 51 anggota jemaah dan mencederakan 40 yang lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >