Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pasar raya Vietnam gunakan daun pisang, bukan beg plastik, untuk bungkus sayur

Apr 3, 2019 | 4:33 PM
Lotte Mart, yang merupakan antara pasar raya terbesar di Vietnam, menggunakan daun pisang dan bukan beg plastik, untuk membungkus sayur-sayuran yang dijual. FOTO: LOTTE MART VIETNAM / FACEBOOK
Lotte Mart, yang merupakan antara pasar raya terbesar di Vietnam, menggunakan daun pisang dan bukan beg plastik, untuk membungkus sayur-sayuran yang dijual. FOTO: LOTTE MART VIETNAM / FACEBOOK -

HANOI (DPA) - Beberapa pasar raya di Vietnam menyertai gerakan mengurangkan penggunaan plastik dengan menggunakan daun pisang untuk membungkus sayur-sayuran demi melindungi alam sekitar.

Tiga rangkaian pasar raya terbesar di Vietnam - Lotte Mart, Saigon Co.op di Ho Chi Minh City dan Big C di Hanoi - telah mula menggunakan daun pisang sebagai ganti bagi beg plastik untuk membungkus sayur-sayuran yang dijual, lapor akhbar dalam talian Vnexpress.

Pendekatan tersebut adalah sebahagian usaha menggunakan produk mesra alam, bukan sahaja bagi sayur-sayuran malah daging segar, tambah akhbar itu.

Vietnam menjana sekitar 2,500 ton sisa plastik setiap hari, menurut statistik rasmi. Negara itu menduduki tempat keempat di seluruh dunia bagi jumlah sisa plastik yang dibuang ke laut, menurut Program Sekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg