Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pasport ditahan: Zahid rayu mahkamah semak keputusan

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Mahkamah Rayuan menyemak keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kembali pasportnya.



Datuk Ahmad Zahid berkata beliau memerlukan pasportnya itu untuk menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Dalam usulan yang difailnya pada 13 Februari, Datuk Ahmad Zahid berkata keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonanya itu menjejas hak dan tanggungjawabnya kerana beliau perlu membuat permohonan rasmi untuk menggunakan pasport setiap kali beliau perlu meninggalkan negara itu bagi tugas rasmi.



Beliau memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk menimbangkan semula permohonannya supaya pasportnya dikembalikan secara tetap dan beliau bersedia menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh mahkamah.



Dalam afidavit sokongannya, Datuk Ahmad Zahid berkata Hakim Collin Lawrence Sequerah telah membuat kesilapan apabila menolak permohonannya.



"Permohonan ini bukan mala fide (berhasrat tidak baik) atau menjejas sebarang pihak kerana saya telah berjanji untuk memberi kerjasama yang sepenuhnya sehingga kes ini selesai," kata afidavit itu.



Pasport Datuk Ahmad Zahid kini sedang disimpan mahkamah, sebahagian syarat ikat jamin dalam perbicaraan kes rasuah berhubung dana yang disalah guna dari badan kebajikan Yayasan Akalbudi (YAB).



Pada 20 Januari lalu, Datuk Ahmad Zahid memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya pasportnya dilepaskan secara tetap, untuk membolehkan beliau menjalankan tanggungjawab.



Beliau berkata beliau berhadapan dengan sekatan semasa menjalankan tugas kerana tidak memperoleh dokumen itu.



Dalam afidavit yang menyokong permohonannya itu, Datuk Ahmad Zahid berkata beliau telah diberikan mandat dan tanggungjawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri beberapa majlis pentadbiran.



Pada 3 Februari lalu, Hakim Sequerah menolak permohonan itu, dan berkata semua orang setaraf di hadapan undang-undang.



Dalam pengurusan kes yang diadakan secara dalam talian pada 17 Februari, timbalan registrar Mahkamah Rayuan, Encik Mohd Khairi Haron menetapkan 27 Mac untuk mendengar notis usulan.



Peguam, Encik Aiman Abdul Rahman mewakili Datuk Ahmad Zahid, sementara Timbalan Pendakwaraya Awam, Encik Abdul Malik Ayob mewakili pendakwa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >