Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pastikan 'Malaysia Madani' dilaksana demi manfaat rakyat: Zahid

Jan 21, 2023 | 5:30 AM
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI: Berkata usaha yang digaris di bawah Malaysia Madani akan dapat memulihkan dan membawa semula Malaysia ke mercu kecemerlangan.
DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI: Berkata usaha yang digaris di bawah Malaysia Madani akan dapat memulihkan dan membawa semula Malaysia ke mercu kecemerlangan. -

PUTRAJAYA: Konsep Malaysia Madani mesti dilaksana oleh semua pihak demi memastikan ia memberi faedah kepada rakyat, terutama kumpulan-kumpulan sasaran.

"Semua agensi kerajaan, di peringkat persekutuan dan negeri, harus memahami dan mengikutinya, demi mentafsirkan dasar-dasar kerajaan," kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata usaha yang telah digariskan itu akan dapat memulihkan dan membawa semula Malaysia ke mercu kecemerlangan.

"Pelaksanaan (konsep) ini mesti dapat dirasakan oleh rakyat secara keseluruhannya," kata beliau kepada media selepas penutupan rancangan 'Membangun Malaysia Madani' kelmarin.

Malaysia Madani adalah sebuah rangka kerja yang diperkenal Datuk Anwar yang menggariskan visinya bagi sebuah masyarakat Malaysia yang bertamadun, berkemahiran dan inklusif.

Ia manyarankan satu set yang mengandungi enam nilai utama - kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah dan belas kasihan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata konsep Malaysia Madani adalah rangka kerja nilai yang mesti difahami dengan betul.

Menurutnya, Dauk Anwar telah menyatakan tiada gunanya berbangga dengan mercu tanda besar jika masih ada rakyat menderita dan dipinggirkan.

"Maka, harus ada nilai-nilai kemanusiaan terhadap inisiatif yang diperkenalkan itu.

"Perdana Menteri juga telah menekankan peri pentingnya tadbir urus baik. Beliau menasihatkan kita semua supaya menghentikan pembaziran dan kebocoran dan menjauhi sama sekali rasuah.

"Sebaliknya, kita perlu menyemai nilai-nilai murni dan rasa hormat terhadap orang lain," ujar Datuk Saifuddin.

Menteri Perhubungan dan Digital, Encik Fahmi Fadzil, pula berkata konsep Malaysia Madani adalah suatu rangka kerja bagi kerajaan dan semua rakyat Malaysia.

"Hasrat kami ialah meningkatkan martabat rakyat dan menyelesaikan semua isu," katanya.

Ketika ditanya bila dasar seperti itu akan dilaksanakan, Encik Fahmi berkata kementeriannya akan meneliti dokumen berkaitan konsep tersebut dan melaksanakan dasar-dasar itu secepat mungkin.

Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata inisiatif itu bertujuan mengenalkan semula sistem bernilai murni kepada rakyat.

Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri bagi Wanita dan Pembangunan Masyarakat, berharap semua inisiatif yang digariskan itu akan dilaksana secara saksama dan berfaedah kepada negara dan rakyat.

Mengenai pembangunan Sabah dan Sarawak, beliau berkata telah ada kemajuan tetapi beberapa aspek perlu diberikan perhatian lagi.

Sistem eKasih, contohnya, harus disemak semula bagi memastikan ia menggambarkan keadaan sebenar, ujarnya.

Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. - The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg