Pasukan bertindak tangani Covid-19 di Filipina saran longgar sekatan
Pasukan bertindak tangani Covid-19 di Filipina saran longgar sekatan
May 28, 2020 | 11:00 AM
SIAP SEDIA: Para pelatih polis memakai alat pelindung diri mengekalkan jarak selamat di dalam kereta api semasa latihan simulasi sebagai persiapan menghadapi penyambungan semula operasi khidmat pengangkutan awam itu, di tengah-tengah penularan koronavirus, di Manila, Filipina, semalam. - - Foto: REUTERS
MANILA: Pasukan bertindak koronavirus Filipina telah mengesyorkan kepada Presiden Rodrigo Duterte supaya melonggarkan langkah-langkah perintah sekatan di Manila mulai 1 Jun ini.
Ini walaupun negara tersebut masih melaporkan beberapa jumlah kes Covid-19 harian tertinggi dan gagal mencapai sasaran jumlah ujian.
Sekatan yang diperkenalkan pada pertengahan Mac lalu sebelum dilonggarkan sedikit pada pertengahan bulan ini bagi mendorong ekonomi, akan berakhir pada 31 Mei.
Presiden Filipina, Encik Rodrigo Duterte, akan berucap kepada rakyat negaranya hari ini mengenai keputusannya mengenai langkah-langkah sekatan yang dilaksanakan. - Reuters

