Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan Biden bentang pelan rancangan jelang majlis pelantikan

Sesi dakwaan pemecatan Encik Trump bakal kelabui laluan
Jan 19, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Para penasihat kanan presiden Amerika Syarikat yang dipilih, Encik Joe Biden, menggariskan perancangan pemimpin itu kelmarin bagi menangani pelbagai krisis yang dihadapi negara itu sedang ia mengimbangi perbicaraan bagi pemecatan Encik Donald Trump, sedang pelantikan rasmi Encik Biden berlangsung lusa.



Ibu kota Amerika Syarikat itu kini dipantau rapi oleh askar negara itu dan dikepung dengan jaringan keselamatan sebagai langkah pencegahan menjelang majlis angkat sumpah Encik Biden esok, susulan serangan 6 Januari lalu di Bangunan Capitol.



Penyokong Encik Trump yang merancang mengadakan bantahan di kesemua bangunan Capitol di negeri-negeri seluruh negara hanya mampu menarik sekumpulan kecil penyokong yang bersenjata - berhimpun di negeri-negeri termasuk Ohio, Texas, Oregon dan Michigan.



"Kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang beberapa minggu lalu membuktikan betapa teruknya jiwa Amerika telah dimusnahkan dan betapa pentingnya untuk ia diperbaiki semula. Kerja ini akan bermula Rabu (esok)," kata ketua pegawai kakitangan Encik Biden, Encik Ronn Klain, kepada CNN.



"Kami mewarisi satu keadaan yang sangat kucar-kacir di sini, tetapi kami punya pelan untuk memperbaikinya."



Sedang Presiden Dipilih itu membuat persiapan mengambil alih kuasa dalam ibu kota di mana dua minggu lalu penyokong Encik Trump melancarkan percubaan berdarah untuk cuba merubah keputusan pilihan raya, Encik Biden berdepan dengan krisis yang bertindih: bukan hanya perlu menangani pandemik Covid-19, bahkan kemelesetan ekonomi, perubahan iklim dan ketegangan antara kaum.



Encik Biden mahu Kongres bertindak pantas dalam menyalurkan pakej rangsangan AS$1.9 trilion ($2.5 trilion) bagi membangkitkan semula ekonomi, dan beliau merancang satu tindakan dorongan bagi mempertingkat pelaksanaan inokulasi vaksin Covid-19.



Beliau menyasarkan pelaksanaan 100 juta dos vaksin koronavirus disuntik dalam 100 hari pertamanya sebagai Presiden Amerika, yang dianggap pakar saintis utama Amerika, Dr Anthony Fauci, sebagai "boleh dicapai".



"Kemudahlaksanaan matlamatnya begitu jelas tidak boleh disangsikan," kata Dr Fauci, yang akan menjadi ketua penasihat Encik Biden dalam menangani virus, kedudukan serupa dalam pentadbiran Encik Trump.



Bagaimanapun, sesi pendakwaan bagi pemecatan Encik Trump yang bakal dilaksanakan mengelabui laluan Encik Biden.



Pemimpin kongres Parti Demokrat, Cik Nancy Pelosi dan Encik Schumer, belum lagi memutuskan bila perbicaraan akan dimulakan.



"Saya tidak fikir adanya tarikh yang telah disepakati untuk Speaker Kongres Cik Pelosi akan memulakan sesi itu," kata Encik Dick Durbin, pemimpin Demokrat di Senat, kepada saluran berita kabel, CNN.



"Kami faham, di bawah Perlembagaan, kami punya tanggungjawab untuk bertindak secepat yang mungkin."



Encik Biden berkata, beliau berharap Kongres boleh menangani gangguan besar itu meskipun sedang beliau melaksanakan agendanya secara agresif.



Menambahkan lagi ketidaktentuan politik di Amerika adalah keadaan Parti Republikan itu sendiri yang terbahagi dan berpecah belah disebabkan dakwaan dan pembohongan Encik Trump yang mengatakan beliau telah memenangi pilihan raya November lalu, hingga melonjak perasaan penyokong dan membawa kepada rusuhan di Capitol, selain menjejas hala tuju parti itu. - AFP.




"Kejadian-kejadian yang berlaku sepanjang beberapa minggu lalu membuktikan betapa teruknya jiwa Amerika telah dimusnahkan dan betapa pentingnya untuk ia diperbaiki semula. Kerja ini akan bermula Rabu (esok)... Kami mewarisi satu keadaan yang sangat kucar-kacir di sini, tetapi kami punya pelan untuk memperbaikinya."
- Ketua pegawai kakitangan Encik Biden, Encik Ronn Klain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >