Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan keselamatan dakwa 'jaga' hospital, universiti

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Pasukan keselamatan Myanmar kini "menjaga" hospital dan universiti di negara itu, menurut laporan media semalam.



Perkembangan baru ini timbul selepas media tempatan berkata tentera telah menduduki institusi berkernaan di seluruh Myanmar.



Kesatuan sekerja utama Myanmar telah menggesa anggota mereka untuk menutup ekonomi dari Isnin sebagai langkah menyokong kempen menentang kudeta junta tentera, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap junta yang melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup sehari selepas bantahan besar-besaran.



Dalam pada itu, penunjuk perasaan antikudeta Myanmar berjanji memberi tekanan lebih besar hari ini ketika rejim junta meningkatkan tindakan kerasnya susulan serbuan terbaru semalam, menyasar pegawai daripada parti politik Aung San Suu Kyi.



Myanmar berdepan huru-hara sejak tentera menggulingkan Cik Suu Kyi dari tampuk pemerintahan 1 Februari lalu, sehingga mencetuskan pemberontakan besar-besaran bagi menentang rejim junta.



Tarikh 3 Mac lalu dianggap hari paling menyedihkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai sehingga menembak beberapa penunjuk perasaan di kepala.



Pejabat hak asasi PBB mengesahkan, sekurang-kurangnya 54 kematian sejak rampasan kuasa biarpun jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi, sementara lebih 1,700 individu ditahan.



Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) pimpinan Cik Suu Kyi mengesahkan beberapa pegawai ditahan dalam serbuan kelmarin.



"Benar pegawai NLD ditahan, namun kami tidak dapat pastikan dengan tepat berapa ramai yang ditahan," kata pegawai parti itu, Encik Soe Win.



Ahli Parlimen NLD, Encik Sithu Maung menyatakan di Facebooknya, pasukan keselamatan semalam turut menjejaki pegawai maklumat parti itu, Encik U Maung Maung di rumahnya namun tidak menemuinya.



"Saudara U Maung Maung dipukul polis dan tentera. Dia ditahan dan diseksa disebabkan tiada siapa dapat ditahan," katanya.



Aktivis berpangkalan di Yangon, Encik Maung Saungkha memastikan demonstrasi diselaraskan di beberapa bandar dan wilayah hari ini sebagai sebahagian mogok umum selama dua hari.



"Kami rela mati untuk negara. Situasi sekarang lebih buruk (daripada rejim masa lalu). Oleh itu, adakah kita terus berada dalam keadaan ini atau kita berjuang?.



"Kali ini kita mesti berjuang untuk menang. Kami percaya bahawa berjuang bersama generasi muda akan membawa kita kemenangan," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >