Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pasukan petugas 1MDB temui FBI, Jabatan Kehakiman AS

May 26, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi bantuan undang-undang berkaitan penyiasatan dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak dipenuhi Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali.



Ini didedahkan kepada pasukan petugas khas 1MDB dalam pertemuan dua hala dengan pegawai daripada DoJ dan Biro Siasatan Federal (FBI) kelmarin.



Pasukan petugas itu mengatakan DoJ membuat permohonan kepada Tan Sri Apandi pada 22 September tahun lepas.



Bagaimanapun permohonan itu tidak dipenuhi dan ditangguhkan dengan alasan bahawa ia akan mengganggu siasatan yang sedang berterusan oleh pihak berkuasa Malaysia.



Oleh itu, tiada kerjasama diberikan mengenai isu ini hingga kelmarin.



Ini didedahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan petugas itu selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.



FBI juga mendedahkan bahawa surat permohonan bertarikh 13 November 2016 dihantar kepada Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang merupakan ketua pesuruhjaya SPRM pada masa itu.



Bagaimanapun, mereka juga tidak menerima respons daripadanya.



Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh mantan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, mantan ketua suruhanjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, dan Pengarah Jabatan Cawangan Khas Polis Federal, Datuk Abdul Hamid Bador.



Dalam mesyuarat itu, mereka membincangkan fokus dan arahan siasatan 1MDB, permohonan bagi bantuan undang-undang bersama (MLA) dan juga kemungkinan membawa kembali aset yang dibekukan di Amerika.



Mereka yang terlibat juga bersetuju menawarkan satu sama lain kerjasama penuh bagi menyiapkan siasatan semasa mengenai dana pelaburan negara yang penuh hutang itu.



Pihak-pihak itu juga dijangka bertemu dari masa ke masa bagi memudahkan siasatan.



"DoJ dan FBI juga merakamkan penghargaan tertinggi mereka kepada kerajaan Malaysia yang baru dibentuk di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana bertindak mengenai isu tersebut selepas pentadbiran lalu gagal mengambil sembarang tindakan berkaitan 1MDB," kata kenyataan itu. - New Straits Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >