Payung gergasi bakal teduh jemaah di Masjidil Haram, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Payung gergasi bakal teduh jemaah di Masjidil Haram

Mar 14, 2016 | 12:51 PM

MAKKAH (Arab Saudi): Satu daripada lapan payung lipat terbesar di dunia mula dipasang sejak Khamis lalu di Masjidil Haram di sini.

Selain payung gergasi berteknologi tinggi, 54 payung kecil akan turut dipasang di Masjidil Haram dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiap payung buatan Jerman itu dilengkapi dengan sebuah jam gergasi, skrin garis panduan untuk jemaah, penyaman udara dan kamera pengawasan.

Setiap payung mempunyai ketinggian 45 meter dengan berat 16 tan. Ia akan memberikan naungan kepada kawasan seluas 2,400 meter persegi apabila dibuka.

Sejumlah 25 jurutera, juruteknik pakar dan pakar-pakar keselamatan dari Jerman akan menyelia proses pemasangan dan mekanisme operasi elektronik.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Selain itu, 54 payung kecil juga akan dipasang di halaman utara, meliputi kawasan seluas 19,200 meter persegi.

Sebanyak 122 bangku untuk jemaah serta bangunan perkhidmatan akan turut dibina sebagai sebahagian daripada projek itu. Kerja-kerja infrastruktur bagi pemasangan kanopi juga sudah bermula. - BHM

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map