Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: 1 bilion dadah 'methamphetamine' dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara

May 31, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: Satu bilion pil dadah tiruan jenis 'methamphetamine' telah dirampas di Asia Timur dan Asia Tenggara sepanjang tahun lalu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.



Rampasan 1.008 bilion pil itu adalah sebahagian daripada rampasan yang dibuat di rantau ini.



Rampasan hampir seberat 172 tan itu datang dalam pelbagai bentuk dan jumlahnya tujuh kali lebih tinggi berbanding jumlah yang dirampas 10 tahun lalu, kata Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC).



Dadah itu sebahagian besarnya digunakan penyalah guna dadah di Asia Tenggara, juga dieksport ke New Zealand dan Australia, Hong Kong, Korea dan Jepun di Asia Timur, dan kian meningkat juga ke Asia Selatan.



Menurut agensi itu lagi, kumpulan penjenayah itu dipercayai mengeksploitasi wabak Covid-19 dan ketidaktentuan keadaan di Myanmar untuk meningkatkan lagi kegiatan jenayah mereka.



Kawasan Asia Tenggara yang dipanggil Segitiga Emas sudah lama terkenal sebagai tumpuan pengedaran dadah, dengan sempadan Myanmar, Laos dan Thailand yang mudah dibolosi serta kawalan keselamatan tempatan yang longgar membolehkan barangan haram mudah diseludup.



Malah, UNODC memaklumkan, hampir 172 tan syabu dirampas menerusi penguatkuasaan undang-undang membabitkan kira-kira tujuh kali lebih daripada sedekad lalu dan bekalan yang melonjak menyebabkan harga jualan di pasaran Thailand dan Malaysia jatuh ke paras terendah sepanjang masa.



"Skala dan jangkauan perdagangan dadah syabu dan dadah sintetik di Asia Timur dan Tenggara sangat mengejutkan," kata Encik Jeremy Douglas daripada UNODC dalam satu kenyataan.



Beliau berkata sindiket jenayah dan kumpulan bersenjata mengambil kesempatan di atas ketidakstabilan politik di rantau ini dan wabak itu untuk meraih keuntungan dramatik.



"Jenayah terancang mempunyai semua bahan yang diperlukan untuk terus mengembangkan perniagaan," katanya, sambil menambah, mereka sememangnya mempunyai 'penduduk besar-besaran dengan kuasa berbelanja bagi pihak yang disasarkan'.



Penganalisis ubat sintetik serantau UNODC untuk program SMART global, Cik Kavinvadee Suppapongtevasakul, berkata harga dadah yang menjunam menjadikannya 'lebih mudah diakses dan tersedia kepada mereka yang tidak mampu membelinya sebelum ini'.



"Kesan sosial daripada peningkatan penggunaan adalah ketara dan perkhidmatan pengurangan kesihatan dan bahaya kekal terhad di seluruh rantau ini," katanya.



Walaupun bilangan pil syabu meningkat, UNODC mendedahkan terdapat sedikit penurunan dalam syabu kristal, dengan 79 tan dirampas berbanding 82 tan pada 2020, namun ia masih merupakan peningkatan mendadak daripada kurang daripada 10 tan berbanding sedekad lalu.



Negeri Shan di utara Myanmar kekal sebagai sumber utama syabu di rantau itu, dengan dadah jenis itu kian kerap dihantar ke Laos, kemudian Thailand sebelum sampai ke Malaysia, di mana ia diedarkan ke negara-negara di seluruh Asia-Pasifik, kata laporan itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >