Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB akan rayu bantuan besar-besaran bagi Pakistan

Sep 8, 2022 | 5:30 AM
HARUNGI BANJIR: Penduduk yang dipindahkan mengharungi banjir untuk pulang ke rumah selepas hujan monsun lebat di daerah Dadu, wilayah Sindh di Pakistan semalam. - Foto AFP
HARUNGI BANJIR: Penduduk yang dipindahkan mengharungi banjir untuk pulang ke rumah selepas hujan monsun lebat di daerah Dadu, wilayah Sindh di Pakistan semalam. - Foto AFP -

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, berkata beliau akan mengajukan rayuan bantuan besar-besaran untuk Pakistan apabila melakukan lawatan ke negara itu, sedang satu pertiga wilayah di negara tersebut ditenggelami air.

"Esok saya akan terbang ke Pakistan, bagi melahirkan rasa perpaduan saya yang mendalam kepada rakyat Pakistan.

"Saya juga akan membuat rayuan meminta bantuan besar-besaran daripada masyarakat antarabangsa untuk rakyat negara itu, dalam saat-saat mereka amat memerlukan gara-gara dilanda banjir buruk ," kata Encik Guterres kepada wartawan di ibu kota badan dunia itu di New York kelmarin.

Beliau kemudian menuju ke dewan persidangan Majlis Keselamatan bagi menghadiri mesyuarat mengenai keadaan di janakuasa nuklear Zaporizhzhia di Ukraine.

Pegawai tertinggi PBB itu menggariskan tentang peri pentingnya mengambil berat akan kerosakan yang ditimpakan akibat perubahan iklim, sementara "banyak perhatian ditumpukan pada peperangan di Ukraine".

Menurut pemerintah Pakistan, lebih 1,300 orang telah terkorban dan lebih 12,700 yang lain cedera akibat banjir itu.

Lebih 1.1 juta tempat kediaman rosak dan sekitar 560,000 rumah musnah.

Sekitar 630,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dilaporkan tinggl di kem bantuan penyelamat di serata Pakistan, kebanyakannya di wilayah Sindh.

Ramai lagi yang kehilangan tempat tinggal kini ditempatkan di kediaman yang disediakan oleh kumpulan masyarakat.

Jalan-jalan menuju tempat kediaman yang dilanda banjir menjadi sulit setelah lebih 5,700 kilometer jalan rosak, dan 246 jambatan sama ada rosak atau musnah. - Xinhua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg