SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PBB anggar dana $4.3b diperlukan bagi bantu rakyat Yaman

PBB anggar dana $4.3b diperlukan bagi bantu rakyat Yaman

Jan 28, 2023 | 5:30 AM

PBB anggar dana $4.3b diperlukan bagi bantu rakyat Yaman

708291bc-f308-4e6e-9cfb-77e13cbb5b18
-

KAHIRAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kelmarin bahawa ia memerlukan dana sejumlah $4.3 bilion bagi membiayai projek-projek kemanusiaannya di Yaman tahun ini, yang musnah akibat peperangan.

Pejabat PBB bagi Penyelarasan Ehwal Kemanusiaan (OCHA), berkata dana itu diperlukan bagi membantu 17.3 juta rakyat yang teruk terjejas di Yaman.

Agensi itu berkata, ia merancang untuk menghulurkan segera bantuan "menyelamatkan nyawa" 14 juta orang bagi tahun ini.

Jumlah keseluruhannya adalah 21.6 juta orang - iaitu dua pertiga daripada jumlah penduduk negara itu - yang memerlukan bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan perlindungan pada tahun ini.

Jumlah itu adalah kurang daripada tahun lalu, iaitu seramai 23.4 juta orang, menurut anggaran OCHA.

Tahun lalu, rancangan kemanusiaan PBB dianggarkan berjumlah $4.27 bilion bagi membantu sejumlah 17.9 juta orang.

Yaman telah dilanda perang saudara sejak 2014, apabila pemberontak Houthi yang disokong Iran, menawan ibu kota Sanaa, memaksa pemerintah yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, berundur ke selatan nagara itu dan kemudian ke Arab Saudi.

Pasukan perikatan yang diketuai Arab Saudi menyertai peperangan itu pada Mac 2015, untuk cuba memulihkan pemerintah kembali berkuasa.

Peperangan itu terus menghadapi jalan buntu dan mengakibatkan berlakunya krisis kemanusiaan yang disifatkan antara yang paling buruk di dunia. - Agensi berita.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg