Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB gesa derma $13b bagi bantu rakyat Syria

Mar 31, 2021 | 5:30 AM
MAKIN RAMAI PERLU BANTUAN: Pelarian Syria berjalan sambil membawa kontena di sebuah kem tidak rasmi di lembah Bekaa, Lebanon. Kira-kira 24 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan asas, bertambah seramai empat juta orang sepanjang setahun lalu. - Foto REUTERS
MAKIN RAMAI PERLU BANTUAN: Pelarian Syria berjalan sambil membawa kontena di sebuah kem tidak rasmi di lembah Bekaa, Lebanon. Kira-kira 24 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan asas, bertambah seramai empat juta orang sepanjang setahun lalu. - Foto REUTERS -

BRUSSELS: Pertubuhan Bangsa--Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat dunia menyumbang hingga AS$10 bilion ($13 bilion) bagi membantu rakyat Syria menyelamatkan diri daripada perang saudara selama 10 tahun di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Badan dunia itu mengatakan keperluan sokongan kemanusiaan bagi mereka "tidak pernah semendesak".

Dalam sidang tahunan kelima bagi membincangkan usaha membantu pelarian Syria daripada kebuluran, Kesatuan Eropah (EU) berkata ia memohon derma AS$4.2 bilion bagi rakyat Syria yang masih berada di negara itu dan AS$5.8 bilion bagi pelarian dan negara tumpangan mereka di Timur Tengah.

Sekitar 24 juta orang memerlukan bantuan asas, satu peningkatan lebih empat juta sepanjang setahun lalu dan jumlah tertinggi sejak tindakan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi oleh Presiden Bashar al-Assad pada 2011 membawa kepada perang saudara. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg