Premium
PBB gesa dunia bantu atasi krisis kebuluran di Somalia
Mar 9, 2017 | 5:30 AM
TIDAK BERDAYA: Seorang wanita kelihatan lemah tidak bermaya akibat kebuluran dan ditempatkan di sebuah kem perlindungan di Baidoa, Somalia, kelmarin. - Foto REUTERS -
MOGADISHU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, menggesa masyarakat antarabangsa agar menangani krisis kebuluran yang semakin meruncing di Somalia.
Menurut beliau, krisis yang melanda negara itu memerlukan bantuan berskala besar ketika enam juta penduduk, hampir separuh daripada penduduk Somalia, semakin terdesak mendapatkan bekalan makanan.

