Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB gugurkan Wonder Woman sebagai ikon wanita

Dec 15, 2016 | 2:48 PM
BUKAN IKON: Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik. - Foto SINAR HARIAN
BUKAN IKON: Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik. - Foto SINAR HARIAN -

NEW YORK (AMERIKA SYARIKAT) Watak heroin komik dan filem, Wonder Woman yang dilantik menjadi duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan digugurkan 16 Disember nanti, kurang dua bulan selepas ia dilantik.

Menurut laporan CNN, pelantikan penuh kontroversi berkenaan yang diumumkan pada 21 Oktober lepas dengan tujuan 'pemerkasaan kaum wanita' untuk kempen feminis telah di bangkang oleh ramai pekerja PBB.

Jurucakap PBB, Encik Jeffrey Brez mengatakan pengguguran bukan dibuat berdasarkan kepada protes.

"Matlamatnya adalah untuk mendekati peminat Wonder Woman dan meningkatkan kesedaran mengenai Pembangunan Lestari PBB, Matlamat No. 5," kata Encik Jeffrey kepada CNN.

Sasaran untuk Goal No. 5 adalah kesaksamaan jantina dan pemerkasaan semua wanita pada tahun 2030.

Sebelum ini, pekerja PBB yang tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut bergabung dan membuat sebuah petisyen yang meminta Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menyemak semula pelantikan tersebut. - Sinar Harian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg