Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Junta Myanmar azam kukuh kuasa

Aug 12, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Wakil khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Cik Christine Schraner Burgener, mendakwa kelmarin junta tentera Myanmar berazam memperkukuh kekuasaan mereka menyusuli kudeta yang dilakukan pada Februari lalu.



Malah, parti politik utama - Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) - yang dipimpin pemimpin demokrasi yang digulingkan, Cik Aug San Suu Kyi, akan digugurkan.



Cik Schraner Burgener memetik pengumuman yang dibuat pemimpin junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, pada bulan ini bahawa beliau kini adalah perdana menteri dalam satu pemerintah sementara selain pembatalan rasmi keputusan pilihan raya umum November lalu dan dimenangi oleh NLD.



Dalam pada itu, junta tentera Myanmar menyatakan ia tidak mempunyai kaitan dengan rancangan untuk menyerang Wakil Tetap Myanmar ke PBB yang dipecat kerana menentang tentera dan menyokong gerakan prodemokrasi, kata media negara itu kelmarin.



Sorotan terhadap Encik Kyaw Moe Tun menjadi tajuk utama selepas rampasan kuasa tentera pada Februari lalu dan dengan beraninya tidak mengendahkan desakan bahawa beliau bukan lagi mewakili Myanmar di pertubuhan yang berpusat di New York itu.



Encik Kyaw Moe Tun dipecat pada 27 Februari lalu kerana didakwa pihak junta telah meminta sokongan antarabangsa untuk melakukan tindakan terbaik bagi mengembalikan demokrasi berikutan rampasan kuasa tentera.



"Beliau tidak mengikuti perintah dan arahan serta mengkhianati negara sendiri, kerana itu beliau dipecat daripada kedudukannya mulai hari ini (27 Februari 2021)," menurut siaran MRTV.



Minggu lalu, pendakwa raya Amerika Syarikat menyatakan mereka mensabitkan tuduhan ke atas dua warga Myanmar atas tuduhan merancang untuk mengupah pembunuh bagi memaksanya (Encik Kyaw Moe Tun) mengundurkan diri atau jika enggan, membunuhnya.



"Myanmar tiada kaitan dengan kejadian itu," kata akhbar New New Light of Myanmar yang disokong negara itu hari ini, dalam komen pertama junta mengenai kes terbabit.



"Plot itu dikatakan berlaku dalam kalangan penduduk di Amerika Syarikat. Tindakan wajar diambil sesuai dengan perundangan," katanya.



Suspek, Phyo Hein Htut, 28 tahun, dan Ye Hein Zaw, 20 tahun, didakwa di mahkamah persekutuan Amerika yang boleh disabitkan hukuman penjara hingga lima tahun.



Pendakwa raya itu berkata Hein Htut ada berhubung dengan pembekal senjata di Thailand yang dipercayai mempunyai hubungan dengan tentera di Myanmar.



Pembekal senjata itu didakwa berhubung dengan Hein Htut mengenai komplot terbabit yang membabitkan sabotaj kenderaan duta besar itu hingga membawa kemalangan, kata pegawai penyiasat.



Lebih 900 orang terkorban di Myanmar ketika tentera berusaha menyuraikan tunjuk perasaan menyusuli rampasan kuasa terbabit, menurut sebuah kumpulan pemantau tempatan.



Encik Kyaw Moe Tun yang dikehendaki di Myanmar kerana didakwa khianat berulang kali meminta campur tangan antarabangsa untuk membantu menghentikan rusuhan dan mengembalikan kerajaan sivil.



Minggu lalu, beliau mengutus surat kepada Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, melaporkan mengenai dakwaan pembunuhan 40 orang awam oleh tentera di wilayah Sagaing di barat laut Myanmar selama beberapa hari bulan lalu.



Bagaimanapun, junta menafikan dakwaan tersebut, sementara agensi berita AFP belum dapat mengesahkan laporan itu secara bebas. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >