Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB kecam keras kematian ratusan orang awam di Myanmar

Apr 2, 2021 | 3:55 PM
MYANMAR TERUS BERGOLAK: Penunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera di Myanmar.
MYANMAR TERUS BERGOLAK: Penunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera di Myanmar. - - Foto AFP

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (1 April) "mengecam keras" kematian ratusan orang awam di Myanmar, dalam satu kenyataan sebulat suara tetapi dilembutkan oleh China setelah rundingan sukar selama dua hari.

"Anggota Majlis Keselamatan meluahkan keprihatinan mendalam terhadap keadaan yang semakin memburuk itu dan mengecam keras penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan secara aman dan kematian ratusan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata kenyataan itu, yang diusulkan oleh bekas kuasa penjajah Britain.

Dalam versi lebih awal teks itu, yang diperolehi AFP, negara-negara Barat mahu menyertakan "kesediaan untuk mempertimbangkan langkah-langkah selanjutnya" - satu rujukan kepada kemungkinan berlakunya sekatan antarabangsa.

Tetapi China, yang dianggap sekutu Myanmar paling penting, tidak membenarkan penyertaan ayat itu, kata diplomat. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg